Rasanya tak perlu lagi perkenalkan apa itu sushi.
Di Malaysia restoran berasaskan sushi memang sudah banyak dan tidak pernah putus menerima pelanggan. Makanan tradisi Jepun sudah familiar dengan rakyat tempatan, tidak kira muda atau tua.
Seperti yang kita tahu, adab orang Jepun sangat tinggi dan teratur. Dalam apa jua keadaan kesantunan menjadi aspek utama.
Buat anda yang gemar makan sushi patut tahu terdapat cara tertentu untuk menikmati hidangan segar ini. Jangan ingat rupa sushi yang dihidang kecil bersama kicap, wasabi dan hirisan halia hanya hiasan semata-mata. Jom belajar cara makan sushi dengan betul:
#1 Kenali jenis sushi yang anda suka makan
Disebabkan terlalu banyak jenis sushi yang ada di Jepun, Wanista jelaskan beberapa sushi yang biasa dijual dan mendapat perhatian disini.
#2 Makan dengan hanya satu suapan
Saiz sushi yang comel dan dikecil rupanya untuk dimakan dengan hanya satu suapan. Jadi anda tak perlu nak malu nganga mulut luas-luas.
#3 Guna chopsticks atau tangan?
Mana-mana pun boleh! Kalau anda tak biasa guna chopsticks, pakai tangan pun boleh!
#4 Setiap sushi ada cara tersendiri untuk cicah kicap atau wasabi
Nigiri: Cicah kicap pada daging, antara nasi dan daging pula tambah sedikit wasabi atau hanya cicah kicap pada daging sahaja.
Uramaki dan Maki: Hanya cicah sedikit sahaja kicap dan makan!
#5 Apa pula ada hirisan halia ni?
Buat anda yang tertanya-tanya tentang hirisan halia diatas meja, ianya untuk membersihkan mulut. Contohnya, jika anda makan sushi salmon, tuna atau apa sahaja daging mentah setelah itu diikuti pula dengan sedikit halia.
Selama ini ada tak cara anda sama dengan diatas? Kalau ada, anda memang dah pro! Hehehe..