Para pengembara pasti gembira dengan berita baru dari British Airways!
Syarikat penerbangan terbesar milik United Kingdom ini bakal memperkenalkan hidangan dalam kabin yang terbaru, lebih berkualiti dan jumlah kuantiti yang banyak. Kini setiap enam bulan, menu bakal berubah-ubah dan penumpang boleh memilih pelbagai pilihan snek.
Antara menu dan snek yang dihidangkan oleh British Airways:
- Pretzels dan minuman selamat datang
- 4 hidangan utama iaitu starter, entrée, dessert, cheese and biscuits, bread roll dan minuman botol
- Hidangan kedua atau snek ringkas (bergantung jarak dan jam penerbangan)
- Pilihan makanan mengikut selera setempat atau destinasi
- Aiskrim Magnum
- Kotak berisi coklat dan makanan ringan
- Sarapan untuk penerbangan pada waktu malam
- Kotak snek untuk filem (penerbangan jauh)
- Pelbagai minuman di bar
British Airways muktamad untuk memberi fokus kepada kualiti dan kuantiti terhadap hidangan dalam kabin kepada penumpang mereka.
Penumpang juga boleh mengemaskini pilihan makanan mengikut diet di ba.com/managemybooking sebelum 24 jam waktu berlepas. Selain itu, terdapat juga pre-order meals untuk penerbangn dari Heathrow, pilihan untuk Gourmet Dining meal (£18.00), Taste of Britain and Taste of the Far East (£16.00) dan Great British Breakfast, Healthy Choice meal atau Vegetarian Kitchen (£15.00).
Antara penerbangan jarak jauh dari British Airways ke Bangkok, Beijing, Buenos Aires, Cape Town, Chennai, Hong Kong, Hyderabad, Johannesburg, Kuala Lumpur, Las Vegas, Lima, Los Angeles, Maldives, Mauritius, Mexico City, Narita, Oakland, Phoenix, Rio de Janeiro, San Jose (California), San Jose (Costa Rica), Santiago, San Francisco, Sao Paulo, Seoul, Shanghai, Singapura dan Tokyo (Haneda dan Narita).