Jika sebelum ini aktor dan aktres memilih hitam sebagai tanda protes terhadap gangguan seksual yang berlaku di Hollywood ketika menghadiri Golden Globe, tetapi lain pula berlaku di Critics Choice Awards yang majoriti memilih warna putih suci pula.
Baca: Bintang Hollywood Pilih Warna Hitam di Karpet Merah Golden Globe Kerana…
Seperti biasa, gaya selebriti ke anugerah bergemerlapan seperti Critics Choice 2018 juga sering menjadi perhatian para pengamal media dan lensa kamera seterusnya menjadi bahan kritikan netizen di seluruh dunia.
Diperhatikan, rata-rata yang fesyen yang dibawakan aktres lebih kepada minimalis dan warna putih krim menjadi highlight. Yang menjadi tumpuan tentu sekali jelitawan Angelina Jolie yang mengenakan dress asymmetrical hemline dengan perincian bulu di bahagian dada, unik sekali. Mengenakan solekan tipis tetapi bold dengan gincu merah membuatkan Angelina tampak anggun.
Menyertai Angelina, aktres lain seperti Diane Kruger, Emma Roberts, Kate Bosworth, Saoirse Ronan dan Sarah Hyland turut diselimuti dengan sepersalinan putih ketika menghadiri karpet biru Critics Choice Awards.
Kehadiran aktres muda Emma Roberts mungkin tidak diperasan kerana gaya rambutnya sudah berubah. Emma tampil berambut pendek lurus paras bahu dengan fringe pendek.
Kate Bosworth dselimuti dress renda berlengan panjang dengan perincian ruffled di pinggang. Nampak cantik cumanya jika Kate agak berisi sedikit mungkin lebih mengancam.
Bintang bersinar! Saoirse Ronan tampil solekan bibir gelap yang dramatik bersama dress sequin.
Memilih gaya ballerina, Sarah Hyland tampak chic dan sofistikated bahkan sesuai dengan saiznya yang genit. Cukup comel!
Rata-rata memilih fesyen yang simple tetapi menyerlah dengan solekan yang dikenakan.