Cantik dan berjaya itulah Victoria Beckham, jika dahulu digelar penyanyi dalam kumpulan paling popular Spice Girls kini beliau ialah pereka fesyen terkemuka dunia. Sebut nama Victoria Beckham susuk tubuh beliau yang kecl genit dan kurus pasti bermain diminda bukan?
Baru-baru ini Victoria mengeluarkan kempen terbaru untuk jenama fesyennya, namun ia mendapat pelbagai reaksi dikalangan peminat. Gambar-gambar kempen tersebut menggunakan model yang ‘tidak cukup’ makan.
Tentangan dari peminat tentang model kurus memberi impak kepada komuniti masyarakat. Ia seolah-olah mengambarkan yang cantik itu perlu kurus-kering dan kelihatan seperti menghidapi masalah pemakanan. Ini bukan kali pertama Victoria mengetengahkan tubuh model seperti ini, pada 2015 beliau tetap berdegil dan menegaskan pihaknya telah memilih para model yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Pada anda yang mengikuti jalan karier Victoria pasti perasan, beliau juga sebenarnya pernah (atau masih) menghadapi kontroversi aneroxia.
Agaknya VB memang ingin mempromosikan bentuk tubuh kurus-kering ke?