Nasib malang sememangnya tidak berbau, begitulah yang terjadi pada seorang model cantik kelahiran Amerika Syarikat, Lauren Wasser yang terpaksa memotong dua belah kakinya. Kisahnya mendapat liputan meluas kerana jangkitan kuman dari pemakaian tampon mengakibatnya dia kehilangan dua anggota badan sekaligus.
Kisahnya bermula apabila kaki kanan dan beberapa jari kaki kiri terpaksa dipotong pada tahun 2012 ketika menghidapi TSS (Toxic Shock Syndrome) yang menyebabkan serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang. Jangkitan kuman dari tampon memberi beliau demam panas berterusan sehinggalah sindrom TSS.
Tidak berhenti disitu, tahun ini Lauren juga kehilangan kaki kirinya akibat dari jangkitan yang sama. Kuman yang masih tertinggal terus merebak ke bahagian kaki kiri. Bukan itu sahaja, jari kaki kiri yang dipotong memberi kesan sakit berpanjangan dari luka pembedahan dan ulser antara faktor utama untuk dia membuat keputusan membuang terus kaki kirinya.
Ketika usia 24 tahun, Lauren dijumpai tidak sedarkan diri di apartment miliknya. Kemudian doktor mengesahkan dia menghidapi TSS akibat jangkitan kuman dari tampon yang dipakai.
Betapa pentingnya produksi kebersihan produk tuala wanita kerana ia boleh meragut nyawa, termasuklah penjagaan kebersihan ketika datang haid pada wanita. Jadi, jangan ambil mudah dengan apa yang berlaku. Sayangi diri dan nyawa anda.