Kenapa anda perlu minum Susu Anlene?
Dengan 50% lebih nutrien berbanding susu biasa, susu tepung dewasa terkemuka No. 1 di Malaysia, Anlene kini membolehkan anda untuk melangkah dan mencapai lebih lagi setiap hari! Kempen #KitaLebihLagi berganding bahu bersama selebriti terkemuka seperti Stacy Anam, Noh Salleh, Shalma Ainaa dan Aidid Marcello untuk menggalakkan warga Malaysia untuk melangkah lebih lagi dengan kisah-kisah dari personaliti yang memberi inspirasi.
Menurut Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baru, Saintifik dan Ehwal Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia, Anlene TM dengan formulasi MoveMax™ memberikan 50% lebih nutrien*(berbanding dengan susu biasa). Ia mengandungi kalsium tinggi, kolagen dan protein bagi membantu anda mencapai lebih lagi setiap hari.
Bercakap lebih lanjut tentang #KitaLebihLagi: “Ini merupakan kempen inspirasi untuk warga Malaysia supaya melakukan segalanya dengan bersungguh-sungguh, menerusi kisah-kisah sebenar yang menyentuh hati tentang personaliti-personaliti yang kita kenali, yang telah berjaya meraih kehidupan yang terbaik bagi diri mereka, orang tersayang serta masyarakat dengan berusaha keras untuk mencapai lebih lagi, walaupun menghadapi cabaran!”
Untuk maklumat lanjut tentang Anlene, layari laman Facebook Anlene Malaysia.