Tahun Baru Cina kini kembali dengan kemeriahan tahun anjing! Inilah masa yang dinanti-nanti oleh semua untuk berkumpul kembali bersama sanak-saudara serta kaum keluarga untuk berkongsi kegembiraan yang tidak berpenghujung.
Justeru jenama peneraju fesyen denim global Levi’s menawarkan seleksi helaian yang telah ditiup dengan nafas baru untuk lelaki dan wanita, khas buat mereka yang tidka pernah berputus asa untuk mencapai impian yang dihajati.
Baik kecil atau impian anda, tahun baru ini perlu dilalui dengan penuh kesyukuran dan semangat tidak gentar agar angan-angan itu bisa dicapai dengan jayanya. Adanya Levi’s, sensasi keberanian jiwa anda pastinya terpancar menerusi gaya ranggi dan santai, versatile untuk semua jenis individu.
Tonton Video Kempen The Doer oleh Levi’s Sempena Tahun Baru Cina 2018
Ayuh ekspresikan dirimu untuk berani menempuh cabaran sepanjang 2018 ini dengan koleksi tahun Baru China 2018 oleh Levi’s sambil ditemani aktor dan penyanyi kelahiran Hong Kong, William Chan, penyanyi rap, Lexie Liu, pengukir tatu, Zhuo Yi dan artis jalanan Qi Xing-hua.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [levi.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Levi’s Malaysia di [www.facebook.com/levismy].