Dalam sesebuah hubungan, baik sesama keluarga, kekasih, suami isteri, ibu bapa dengan anak-anak, mahupun sesama sahabat sekalipun… kita pasti mempunyai cara yang tersendiri untuk memancarkan aura kasih sayang.
Sama seperti ciuman atau kucupan, pelukan juga bisa merembeskan impak yang unik di antara si pelaku dan penerima.
Namun begitu, ramai yang beranggapan bahawa ciuman itu lebih manis dan romantik jika hendak dibandingkan dengan pelukan yang dikatakan terlalu kasual untuk melambangkan cinta. Persoalannya, apakah ciuman atau pelukan yang lebih berharga?
#1 Menyalurkan Kasih Yang Tulus, Bukan Keran Nafsu Semata
Pelukan akan menggambarkan bahawa si pemberinya itu jujur dan benar-benar menyayangi pasangannya secara ikhlas dan bukannya kerana nafsu semata-mata. It’s easy to say, hugging is a non-sexual touch. Faham?
#2 Dapat Menggambarkan Sifat Ambil Berat / Prihatin
Pelukan mampu bertindak sebagai ‘selimut keselamatan’ yang membaluti tubuh si penerima, menunjukkan kepada mereka yang anda memang benar-benar prihatin dan sentiasa sedia untuk berada di samping mereka.
#3 Ubat Tekanan Paling Berkesan!
Apabila anda dan seseorang berpelukan, satu hormon yang dipanggil “oxytocin” atau juga digelar ‘hormon pelukan’ akan terhasil. Ianya akan buat individu yang memberi dan menerima pelukan jadi tenang sekaligus relaks!
#4 Jadikan Pelukan Satu Amalan Yang Istimewa
Lazimnya, pelukan bisa bertahan selama 10 saat tetapi tonjolkan kasih sayang yang lebih kepada pasangan dengan memeluk mereka lebih lama! Jadikan pelukan itu adalah pelukan yang paling istimewa, lebih istimewa dariapda ciuman.
#5 Pelukan Bersifat Universal
Baik dengan sahabat-handai, sesama jantina, kaum keluarga, kenalan di pejabat, orang yang baru dikenali sekalipun, pelukan adalah suatu perilaku yang universal untuk kita lakukan demi menonjolkan sifat yang positif kepada si penerima. Ye lah, orang kan selalu melihat perwatakan kita, jadi kalau hendak tunjuk kebaikan dna kemesraan anda tu… tunjuklah dengan pelukan. ***Bagi yang muslim, jangan korang pergi peluk yang bukan muhrim pula tau!
#6 Penawar Efektif Sakit Jantung
Sebuah kajian membuktikan bahawa pelukan boleh memberi efek yang baik kepada si pelaku dan penerima. Ia serta-merta akan mengubat segala simptom penyakit jantung tahu?! Jadi, sesiapa yang dah buat mak bapak dia naik darah tu, kalau tak mahu mereka pendek umur cepat-cepat minta maaf dan peluk mereka.
#7 Boleh Dilakukan Dimana-Mana
Tidak seperti ciuman yang perlu disorok-sorok kerana sering dianggap tidak sopan… lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat orang Melayu, paffectionelukan boleh dilakukan dimana-mana. Jadi bagi si suami, tiada alasan untuk anda tidak menonjolkan sifat kasih sayang dan kejantanan yang sebenar. Biarlah kat tempat awam sekalipun ke, depan family ke, ambil hati isteri tu sikit dengan memeluk mereka. Kata dah halal kan? Hmm, dulu masa belum kahwin bukan main lagi…
#8 Pembakar Semangat
Si penerima akan berasa happy sepanjang hari selepas mendapat pelukan daripada seseorang. Ia umpama perilaku magis yang bisa membangkitkan semangat kerana keakraban yang dirasakan menerusi tindakan sukarela yang diterima daripada si lawan menerusi pelukan tersebut.
#9 Diterima Semua Pihak
Maklum sahajalah, tak semua orang suka bermesra-mesraan depan orang ramai kerana malu dan takut dijadikan bahan jenaka betul tak? Jika hendak dibandingkan dengan ciuman, ramai individu lebih selesa untuk berdakapan sebenarnya. Yup! Itu cara terbaik untuk anda tonjolkan tanda sokongan pada pasangan.
#10 Tak Sebar Penyakit
Kalau tengah sakit, mana boleh cium betul tak? Sebab takut kalau-kalau penyakit itu akan berpindah ke badan orang lain. Tetapi pelukan, ia bersifat mesra dan bisa dilakukan kepada yang sedang sakit.
#11 Janjikan Kehidupan Yang Berharga
Kajian juga mendapati, individu yang menerima lebih daripada empat pelukan setiap hari akan mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera. Hal itu kemudian akan menjanjikan kehidupan yang lebih berharga sama seperti nilai sebuah pelukan.
So, lepas baca artikel ni korang prefer pelukan ke ciuman?
Selamat beramal! ❤️
RUJUKAN