Peminat filem Bollywood di kalangan rakyat Malaysia sangat ramai! Tak kira tua atau muda bila sebut sahaja nama-nama besar seperti Shah Rukh Khan, Hirtik Roshan, Deepika Padukone pasti ada yang mengenali mereka.
Rasanya industri filem India yang masih lagi mengekalkan jalan cerita berbentuk muzikal. Bila ada lagu, tak lengkap tanpa tarian hebat para pelakon dan penari. Kalau diikutkan memang filem Hindustan banyak mengeluarkan kos pembikinan dari segi kostum, koreografi tarian, muzik dan pelakon ekstra. Malah durasi filem mereka juga boleh sampai 3 jam!
Kecantikan aktres Bollywood tidak dapat dinafikan lagi, lihat sahaja warna kulit, rambut dan mata mereka memang tak berkelip mata kita semua memandang. Itu belum lagi melihat bahagian pinggang mereka yang langsing dan seksi. Jika Priyanka Chopra dinobatkan sebagai Wanita Asia Paling Seksi 2017, Wanista senaraikan lagi aktres Bollywood yang mempunyai lenggok badan seksi selain Priyanka.
#1 Katrina Kaif
Berketinggian 173cm menjadi Katrina antara aktres Bollywood yang tinggi lampai. Baru-baru ini beliau berganding bersama Salman Khan dalam filem aksi berjudul Tiger Zinda Hai. Tubuh yang tinggi, langsing dan tegap Katrina menjadikan beliau sentiasa muncul dalam filem aksi box-office seperti Dhoom 3, Bang Bang, Phantom dan banyak lagi! Kalau tak percaya lihat sahaja senarai filem yang Katrina muncul sebagai heroin, semuanya filem aksi.
#2 Kareena Kapoor
Tipu kalau anda langsung tak kenal siapa Kareena Kapoor! Ibu anak satu ini kekal menawan dengan bentuk badan yang menggiurkan. Dalam filem Kabhi Khushi Kabhi Gham dan Asoka, Kareena tidak takut untuk menayang bahagian abdomennya. Tak perlu six pack atau otot keras, perut Kareena cantik sangat!
Baca: Kareena Kapoor Berani Pakai Bikini Sebab Tiada…
#3 Sonakshi Sinha
Kalau anda pernah tonton filem Dabaang lakonan Salman Khan pasti perasan si cantik manis Sonakshi Sinha. Walaupun beliau tidak sepopular nama aktres yang lain, apa yang penulis kagum dengan Sonakshi ialah bentuk tubuh beliau yang sedikit chubby. Isi badan beliau yang sedikit berisi buat Sonakshi tampil lain dari yang lain. Chubby, seksi dan yakin memang pakej yang lengkap jadi para penggoda!
#4 Rani Mukherjee
Mungkin ramai yang kurang setuju dengan Rani Mukherjee. Iyalah, biasa Rani tampil dengan sepersalinan sari, tang mana pula seksinya? Cuba lihat dalam Rani bila pakai sari, persona yang beliau bawa berbeza sangat. Bersederhana tapi kekal seksi, anggun dalam satu masa yang sama. Eh, macam tak boleh brain cantik si Rani Mukherjee!
#5 Shilpa Shetty
Ingat lagi tak filem Dhaadkan? Alah…jalan cerita yang buat korang tangkap leleh tu. Inilah heroinya Shilpa Shetty yang melakonkan watak si gadis kaya-raya. Sekali tengok wajah Shilpa memang ada aura kekayaan dan bentuk tubuhnya pula memang tip top. Bahagian dada yang bidang diikuti pula dengan pinggang langsing, bagaimanalah aktres berusia 42 tahun jaga badan?
#6 Sushmita Sen
Jangan main-main ya, beliau ialah Miss Universe 1994 dan merupakan wanita India pertama memakai mahkota tersebut. Penulis memang suka dengan Sushmita bukan setakat personaliti beliau yang yakin dan lantang tapi kecantikan yang beliau miliki! Dari top and bottom, Sushmita memang seksi! Suka lihat dia tampil dengan sari sepanjang masa dalam filem Main Hoon Na bersama Shahrukh Khan.
Baca: Siapa Antara Ratu Cantik India Yang Kini Bergelar Pelakon Hebat Bollywood..
Dalam muzik video ini, Sushmita sangat seksi!
Rasa cemburu sangat bila tengok body mereka. Iyalah masing-masing bukan di usia awal 20-an tau!