Mungkin anda fikir ini suatu berita yang pelik tapi percayalah dari sumber National Public Org, Perdana Menteri United Kingdom bakal ataupun telah melantik jawatan khas menteri untuk rakyat mereka yang kesunyian.
Minister of Loneliness atau Menteri Kesunyian jawatan istimewa yang dibuat oleh Perdana Menteri sebagai tanda prihatin beliau terhadap masalah kesunyian rakyat UK.
Kira-kira lebih dari 9 juta rakyat UK mengaku mereka sering menghadapi rasa kesepian dan keseorangan. Lebih buruk lagi 20,000 orang dewasa pula mengaku langsung tidak berhubung dengan keluarga atau rakan sehingga sebulan lamanya.
Masalah kesunyian ini boleh membawa kepada kesan buruk pada kesihatan kerana dari kajian mendapati kebanyakan dari mereka menjadikan rokok sebagai teman hidup.
Menteri Sukan dan Masyarakat, Tracey Couch yang memegang jawatan ini dan sekaligus membawa mandat untuk membanteras masalah kesunyian. Pihak kerajaan UK juga telah mengubal strategi untuk mendekatkan diri kepada golongan kesepian.
Nampak macam remeh bila sebut ‘kesunyian’ tapi ketahuilah kita semua ia boleh membawa tekanan sehingga ada yang sanggup meragut nyawa sendiri.