Courts Malaysia membawa lagi banyak kempen dan promosi jaminan harga pada 2018 ini. Pelbagai jualan barangan elektrik, perabot dan produk kelengkapan rumah akan ditawarkan dengan harga berpatutan. Apa yang lebih menarik apabila Courts menghadiahkan 10 pelanggan bertuah dengan tiket penerbangan pergi dan balik ke destinasi pilihan serata Malaysia.
Bermula Januari 2018, Courts memperkenalkan Flexicredit dengan bayaran ansuran serendah 1.25% dengan pelbagai promosi kombo dan proses penghantaran yang menjimatkan sehingga 50% setiap bayaran bulanan. Flexicredit juga menawarkan pelbagai faedah plan seperti tiada minima kelayakan, proses aplikasi dan masa ansuran sehingga 60 bulan.
Bagi pelanggan yang ingin mencuba nasib dalam memenangi tiket penerbangan ke destinasi idaman Malaysia, anda boleh membuat pembelian minima RM1,999 dimana-mana cawangan stor Courts Malaysia bermula sekarang hingga 26 Mac 2018. Para pemenang akan diwar-warkan melalui saluran media sosial Courts.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan peraduan, layari www.courts.com.my.