Ramai di antara kita sering menghadapai dilema apabila hendak membeli alat solek. Bukan apa, tetapi kerana kadang-kala terlalu malas rasanya untuk ke gedung kecantikan semata-mata mahu mendapatkan sebatang gincu.
Oleh kerana itu, banyak syarikat-syarikat pengeluar kosmetik umumnya tampil untuk meleraikan permasalahan anda dengan memperkenalkan aplikasi alam maya yang membolehkan anda mencuba sendiri alat-alat solek yang ditawarkan secara visual. Ha, menarik bukan? Lebih mudah untuk melihat keserasian warna alat solek tersebut dengna kulit kita!
Jom Wanista kongsikan beberapa aplikasi istimewa yang boleh anda semua muat turun daripada telefon pintar untuk kegunaan sepanjang 2018 ni.
L’Oreal Makeup Genius
Aplikasi ciptaan L’Oreal ini adalah antara aplikasi mekap terawal yang dibangunkan. Ia memudahkan anda membuat pilihan warna solekan yang dikehendaki sebelum pergi membelinya di kedai.
Ia memiliki kamera langsung yang boleh merakam video wajah anda kemudian memancarkan solekan visual mengikut pilihan yang anda buat menerusi paparan pilihan di skrin. ANda boleh mencuba kesmua rangkaian produk yang ditawarkan. Ha, tak payah lagi mencalit sisa orang di wajah, di mata, di tangan dan di bibir kita.
Tonton Video Tutorial Cara Menggunakan Aplikasi L’Oreal Makeup Genius
Oh! Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih untuk menggayakan solekan yang pernah dogayakan artis-artis ternama sebleum ini! Kesemua foto yang dirakam boleh disimpan sbegaai rujukan ketika hendak membeli nanti.
Mary Kay Mobile Virtual Makeover
Seperti yang kita semua tahu, ahli-ahli pengedar Mary Kay biasanya akan membawa dan mempromosikan produk mereka dari rumah ke rumah sekaligus memberi peluang kepada bakal klien mereka untuk mencuba dan merasai sendiri efek produk terbaik yang mereka tawarkan betul tak?
Namun tiada lagi masalah jika anda sememangnya tidak gemar untuk bersosial, boleh duduk rumah dan pilih sendiri warna solekan daripada produk kosmetik Mary Kay yang ditawarkan menerusi aplikasi Mary Kay Mobile Virtual Makeover ni.
Tonton Video Tutorial Cara Menggunakan Aplikasi Mary Kay Virtual Makeup App
https://www.youtube.com/watch?v=P3mG4n841Gs
Sambil-sambil itu boleh berangan dan melaram sepuas hati biarpun secara visual belaka.
Foto anda yang kononnya sudah siap bersolek itu kemudian boleh di simpan dan di muat naik ke media sosial kemudian!
Sephora Virtual Artist
Yang ini, penulis sendiri pun sering guna. Jika anda memang gemar bersolek, anda pasti suka dengan aplikasi genius ini!
Boleh kata, kesemua gincu, pemerah pipi, pembayang mata dan maskara yang dijual di Sephora boleh anda cuba sendiri secara alam maya menerusi aplikasi Sephora Visrtual Artist ni.
Jika hendak mencuba di Sephora, kadang-kala sampai kena berebut-rebut dengan pelanggan lain. Tetapi bila menggunakan aplikasi, lebih mudah untuk kita mencuba satu persatu tanpa perlu rasa kelam-kabut.
Untuk guna Sephora Virtual Artist, sila muat turun aplikasi membeli-belah Sephora.
Bonus!
Jika anda tak pandai bersolek tetapi masih tetap mahu memuat naik foto-foto anda yang kelihatan bak bidadari, boleh guna beberapa aplikasi mekap pilihan Wanista ini. Semuanya percuma dan mudah untuk digunakan. Hasilnya juga tampak realistik!
Perfect 365
Modiface Photo Editor
You Makeup Photo Camera
Makeup Plus
Cymera
Selamat mencuba! ❤️