Sebelum ini Wanista pernah mendedahkan tentang trend fesyen untuk tahun 2018. Baca: Trend Fesyen 2018: Pastikan Pakaian Ini Ada Dalam Almari Korang.
Warna ungu atau violet telah dicatatkan sebagai warna tahunan 2018. Jadi pada anda memang peminat warna ungu bolehlah mengayakan sakan pada tahun ini. Seperti biasa disetiap balik apa yang kita minat pasti ada maksud tersendiri.
Mari sama-sama kita rungkai warna ungu yang pernah menjadi warna trend pengantin…
#1 Warna ungu adalah warna pertengahan diantara biru dan merah.
#2 Warna paling berkuasa kerana dikaitkan dengan galaksi dan cakrawala.
#3 Individu yang sukakan warna ungu dianggap sebagai romantis, baik hati dan sukakan flora.
#4 Warna ini juga digelarkan sebagai ‘happy colour’.
#5 Jarang dilihat pada tumbuh-tumbuhan atau bunga-bungaan.
#6 Boleh beri kesan kepada minda dan tubuh dengan memberi aura ketenangan.
#7 Di Thailand warna ungu adalah warna berkabung untuk wanita kehilangan suami.
#8 Hati-hati, warna ungu yang pekat boleh membawa kepada moody.
#9 Padanan bersama warna kuning atau merah menjadikan warna ungu lebih menarik.
#10 Fabrik berwarna ungu di zaman kuno China dianggap mahal dan ekslusif kerana warna ungu sangat susah dijumpai.
#11 Kebanyakan formula pembayang mata warna ungu tidak melekat dengan baik pada kulit.
#12 Di Nanjing, China terdapat Gunung Ungu kerana puncak gunung tersebut menghasilkan awan warna ungu ketika waktu subuh dan senja.
#13 Kerabat diraja di Eropah terutamanya diraja British gemar memakai ungu sebagai simbol kuasa dan bangsawan diraja.
#14 Hanya Negara Dominica sahaja mempunyai bendera negara berwarna ungu.
Siapa peminat warna purple angkat tangan cepat!