MAC Cosmetics meraikan tahun baru dengan pelancaran produk terlaris mereka Prep+Prime Fix+ dan kali ini lebih menarik dengan kelahiran 3 aroma baharu yang bukan sahaja memberi lebih hidrasi, keselesaan, ketahanan malah wangian juga.
Tiga aroma tersebut ialah Coconut, Lavender, Rose. Selain bekerja sebagai setting spray, anda juga boleh menggunakan sebagai penyegar, hanya dengan sembur di wajah untuk membantu kulit kelihatan segar dan menambah sedikit penghidratan pada kulit.
Kaya dengan Vitamin B5 dan botani seperti chamomile dan timun, Mac Prep+Prime Fix+ juga boleh memulihkan kulit yang letih, sensitif atau rosak akibat daripada masalah pencemaran udara.
Penulis dah cuba. Memang berbaloi!
Jangan lupa dapatkan Mac Prep+Prime Fix+ yang sudah berada di pasaran.