Nama kanser payudara sentiasa membayangi kehidupan wanita dan merupakan pembunuh nombor satu. Jadi ia bukanlah suatu perkara yang asing untuk dibincangkan. Sebelum ini, Wanista telah pun banyak memberi tips kesihatan dan info mengenai kanser payudara.
BACA LEBIH LANJUT: Artikel Berkaitan Kanser Payudara
Selain dari menjaga segi pemakanan dan penjagaan kesihatan anda jangan terlupa untuk membuat pemeriksaan payudara. Rata-rata dari kita jarang sekali melakukan check-up yang lebih spesifikasi atau ada yang langsung tidak pernah!
Buat anda yang ingin tahu cara dan langkah pemeriksaan kesihatan payudara, teruskan membaca…
#1 Buat pemeriksaan seawal umur 20 tahun
Pemeriksaan kerap atau setiap tahun sangat bagus untuk mengetahui jika terdapat sebarang perubahan atau kesan tidak normal dibahagian payudara atau ketiak. Anda juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri dengan urutan secara pusingan untuk merasai terdapat sebarang benjolan atau bengkak.
#2 Lihat faktor lain
Bukan sahaja ketulan pada payudara berkemungkinan terjadi kanser. Malah payudara bengkak, iritasi kulit pada sekeliling payudara, puting bengkak, lelehan dari puting, puting masuk kedalam atau banyak lagi simptom yang menyakitkan boleh terdorong kepada kanser.
#3 Jangan takut lakukan Mamogram
Kaedah pemeriksaan menggunakan Mamogram adalah cara terbaik untuk melihat keadaan dalam payudara. Kos yang ditawarkan di hospital kerajaan hanyalah RM100, manakala swasta RM120 hingga RM200. Ia akan mengeluarkan gambar X-ray payudara dari dua posisi yang berbeza. Secara umumnya, wanita berusia 40-49 tahun perlu melakukan setiap tahun dan wanita berusia 50 tahun ke atas perlu melakukannya setiap 2 tahun sekali.
#4 Imbasan MRI dan ultrasound
Cara paling jelas untuk melihat imej kanser selepas Mamogram ialah dengan melakukan MRI (magnetic resonance imaging) atau imbasan ultrasound. MRI mampu mengesan kanser diperingkat awal dan teknik ini sesuai untuk pesakit yang berisiko tinggi.
Pemeriksaan sendiri tidak cukup untuk mendapatkan keputusan kesihatan payudara. Nasihat Wanista, jadikan rutin pemeriksaan, check-up atau rundingan bersama doktor di hospital kerajaan ataupun swasta.