Sama seperti fesyen Hari Raya yang sering bertukar gaya setiap tahun, pakaian kerja juga begitu… melainkan anda memakai baju kurung setiap hari kerana berkhidmat sebagai pekerja kerajaan.
Jika anda adalah seorang pekerja swasta seperti penulis, barangkali anda bebas menggayakan apa sahaja jenis pakaian kerja ke pejabat betul tak?
Ayuh penulis kongsikan tips bagaimana untuk bergaya dengan cermat daripada hujung rambut hingga hujung kaki agar digelar “Pekerja Paling Gempak Dalam Pejabat”.
#1 Tukar Kebiasaan Dengan Memakai Helaian Longgar
Cipta stail baru dengan pemilihan padanan potongan seluar yang agak longgar serta kemeja longgar.
Biarpun nampak selekeh sedikit tetapi jika anda bijak menggayakannya anda pasti kelihatan hebat seperti ‘golongan celik fesyen’!
Untuk beg pula, boleh gayakan beg selimpang serta kasut rendah bertutup jenis loafers atau oxfords.
Jika khuatiri seluar yang dipakai terlalu labuh hingga menyapu jalan, boleh sahaja sarungkan tumit tinggi bertutup. Lebih kemas jika menutup kesemua jari kaki betul tak?
#2 Beralih Kepada “Trench Coat”
Jika anda adalah wanita yang gemar bergaya formal dengan pakaian luar seperti blazer atau kot… Boleh gantikan pakaian “biasa-biasa” itu dengan kot labuh yang dipanggil Trench Coat ini.
Baik berseluar, memakai skirt atau dress pada bahagian dalamnya, trench coat akan buat si pemakai kelihatan lebih fashionable seterusnya padanlah dengan jiwa feminin anda tu!
Jangan lupa, kot labuh memang cantik bila dipadankan dengan pakaian yang memiliki potongan leher tinggi (turtle neck). Boleh cuba nanti 🙂
#3 Manis Sopan Dengan Skirt Labuh & Pakaian Berlengan Panjang
Di pejabat, sudah tentu banyak mata yang meliar dan suka memerhati… Lebih elok andainya anda menjaga tertib dengan memakai pakaian yang lebih sopan sebegini.
Tidak hanya terhad kepada muslimah, wanita atau gadis yang tidak bertudung turut boleh menggayakan trend pakaian kerja yang ini biarpun kelihatan agak panas. Namun, jika anda tahu betapa sejuknya rasa untuk duduk dalam pejabatyang berpenghawa dinggin selama 8 hingga 9 jam sehari, gaya ini tidak akan menjadi masalah!
#4 Serlahkan Aura Maskulin
Tahu tak perempuan akan kelihatan lebih seksi anda dia berpakaian seperti lelaki?
Bukanlah penulis suruh anda bergaya sepenuhnya seperti lelaki dengan berambut pendek atau bersifat kasar… Cukuplah sekadar memadankan blazer bercorak dengan seluar slack ringkas.
#5 Rekaan Skirt Menonjol Sambil Lengan Blaus Disinsing
Dah bosan dengan skirt biasa? Kali ini cuba cari skirt yang mempunyai perincian menonjol dan dipadankan dengan kemeja pilihan. Lengan kemeja itu kemudian boleh disinsing ke atas untuk penampilan yang lebih ke smei-formal dan… kelihatan cantik juga!
#6 Rona Retro
Palet rona retro seperti oren, hijau pucuk pisang dan kuning sebenarnya mampu merembeskan aura sensasi buat si pemakainya.
Untuk tahun 2018 ini, jadilah insan yang baru dengan cita rasa fesyen yang baru biarpun anda akan dilabel sebagai “attention seeker”.
#7 Beg Tangan Molek!
Sudah-sudahlah dengan beg tangan anda yang saiznya besar gedabak tu. Anda akan kelihatan tua bila mempunyai cita rasa fesyen seperti orang berumur dengan memakai beg tangan gergasi.
Boleh ganti dengan beg tangan bersaiz kecil dan mempunyai tekstur sebegini. Biar tak ada jenama pun tak apa, asal rupanya menarik hati dan memiliki kemasan unggul.
#8 Corak Menonjol
Tak semestinya asyik pakai kemeja-kemeja polos atau bercorak jalur yang membosankan tu…
#9 Aksesori “Statement”
Baik rantai, cincin, anting-anting atau gelang… pakai sahaja yang mempunyai perincian “over” biar terbeliak semua mata yang melihat. Tapi, ingin diingatkan supaya jangan serabutkan pakaian yanng sudah bercorak dengan aksesori gempak sebegini tau?
Aksesori statement lebih kemas jika dipadankan dengan baju yang kelihatan bosan. Barulah naik seri anda!
#10 Potongan Baju Unik
Tak semua berani bergaya sakan dan bermain dengan pakaian yang mempunyai fabrik berjela sebegini. Tetapi jika anda adalah fashionista sebenar… cubalah untuk menangkap mata orang dengan gaya pakaian yang ‘melampau’ sebegini. Mesti cantik punya!
Satu syarat penting yang boleh dipraktikan untuk pemilihan pakaian pejabat adalah “Lebih ringkas pakaian itu, lebih gah yang akan anda kelihatan”.
Tetapi, andai personaliti anda ceria dan berani untuk mencuba sesuatu yang baharu… go for it and have fun with patterns and colors okay?
Selamat beramal! ❤️