Muka glowing memang menjadi trend dan kegilaan ramai sejak tahun lalu. Pada 2018 juga masih ramai lagi yang tidak putus-putus ‘pengsan’ akibat kesan cahaya dinamik dari mekap glowing.
Aset paling penting untuk mendapatkan solekan yang segar dan hidup ialah highlighter. Produk ini didatangi dalam pelbagai jenis tekstur samada bedak, cecair mahupun stik. Malah warna highlighter dipasaran kini terlalu banyak, jadi anda boleh mix and match warna highlighter mengikut kesesuaian warna kulit dan penampilan.
Jangan terkejut, punya hebat penangan highlighter sampai ada yang buat full makeup. Klik gambar dibawah untuk tonton Youtuber Mariya menghasilkan mekap 100% dari highlighter.
Buat anda masih lagi tak tahu cara pakai highlighter, boleh baca disini: Tips Mekap! 6 Sudut Muka Wajib Ditambah Highlight Untuk Kesan ‘Glowing’ dan Wanista cadangkan untuk mendapatkan 8 produk highlighter dibawah untuk set mekap lengkap.
#1 Stilla Heaven’s Hue Highlighter
Kalau anda mahu sapuan highlighter tampak semulajadi cuba guna dari Stila. Serbuk bedak halus dari Stila buat kulit anda seolah-olah glowing dari dalam.
#2 Fenty Beauty Killawatt Freestyle Highlighter Duo
Tak usah cakap lagi perihal Fenty Beauty! Highlighter yang diberi nama Kilawatt hanya perlukan satu sapuan sahaja. Favourite penulis merupakan kod Hustle Baby, cubalah!
#3 Maybelline FaceStudio Master Chrome Metallic Highlighter
Antara highlighter dari jenama drugstore terbaik, malangnya masih belum masuk pasaran di Malaysia. Tengok gambar ini pun dah sakit mata pantulan dari warna-warna berkilat Master Chrome.
#4 Becca Shimmering Skin Perfector Pressed Powder
Penulis ingat semasa produk ini dilancarkan memang ramai jadi taksub! Pilihan warna yang lebih tan membuatkan ramai pengguna yang mahukan glowing seperti dicium matahari.
#5 Wet n Wild Megaglo Highlighting Powder
Okay, another produk drugstore yang mempunyai highlighter meletup! Anda boleh membeli produk kosmetik Wet n Wild di https://www.wetnwildbeauty.my/.
#6 ZOEVA Strobe Spectrum Palette
Berbaloi kalau beli palet highlighter dari Zoeva satu palet anda boleh dapat empat warna sekaligus. Nak create apa-apa look pun mudah! Pigmen dari produk ini sangat melekat dan banyak.
#7 COVER FX Custom Enhancer Drops
Highlighter dari Cover FX dari jenis cecair yang anda boleh gunakan sebagai base makeup. Untuk apa? Bagi kesan glowing pada seluruh muka lah!
#8 Essence Pure Nude Highlighter
Juga dari produk drugstore tapi penulis belum jumpa lagi highlighter ini dimana-mana kaunter Essence Watsons atau Guardian.
Lepas ini mesti ramai-ramai nak duduk bawah lampu, iyalah muka masing-masing dah glowing! 😛