Sejak Ogos lalu, Daniel Craig telah pun mengumumkan pencarian jejaka bagi menggantikan tempatnya dalam filem 007 yang seterusnya menjelang 2022.
Daniel Craig pernah memegang watak James Bond sebanyak empat kali berturut-turut sejak 2006 hingga 2015.
Ramai peminat sekuel filem aksi itu berpendapat bahawa, Idris Elba adalah lelaki berkulit hitam pertama yang patut diberi peluang menggantikan Daniel malah dianggap sesuai andai digandingkan dengan aktres jelita Gilian Anderson.
Namun begitu semalam, editor filem “Spectre” itu ada mencadangkan beberapa nama calon yang mengejutkan ramai pihak termasuklah Harry Styles yang merupakan bekas ahli kumpulan One Direction berusia 23 tahun itu.
Penampilan Harry dipuji ramai setelah beliau membuat kemunculan lakonan sulungnya dalam filem “Dunkirk” yang turut tercalon dalam beberapa kategori dalam Golden Globes baru-baru ini.
Lee Smith, editor filem James Bond berkata secara ringkas, “Harry mampu melakukannya”
“Jika ramai yang menginginkan suatu pembaharuan dan mahukan karakter Bond yang lebih muda, apa salahnya?,” tambah Lee.
Sebaik kenyataan itu dibuat, ramai peminat sudah mula mengambil tempat di Twitter untuk memperdebatkan isu itu. Ada yang kata, filem James Bond harus menukar arah dengan memberi peluang kepada aktor berkulit hitam untuk memegang watak utama sebagai ‘lelaki idaman’ dalam sekuel 2022.
Tidak kurang, ada juga sesetengah anak gadis dan wanita yang mahu ‘anak ikan’ seperti Harry Styles mengambil tempat Daniel Craig yang khabarnya bakal bersara sebagai James Bond tidak lama lagi.
https://twitter.com/KindGucci/status/955511657471643649?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.teenvogue.com%2Fstory%2Fharry-styles-could-be-the-next-james-bond
Sesungguhnya penentuan ini dijangka akan memberi impak kepada sambutan sekuel James Bond terbitan 2022 nanti.
if harry styles were the next james bond, i’d start watching james bond films 🤷🏼♂️
— Jess “JT” Thomas (@greenjacketjess) January 21, 2018
Dalam pada itu, ada juga yang mahukan aktres wanita memecah tradisi untuk memegang watak Bond. Apa-apa pun kita tunggu keputusannya dan siapa pun aktor atau aktres yang menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond, pasti dia memiliki keistimewaannya yang tersendiri.