Coach baru-baru ini melancarakan kempen iklan untuk koleksi musim bunga 2018.
Bersempena Tahun Baru Cina juga, Coach sempat menampilkan bintang versatile bernama Timmy Xu untuk mewarnai kempen kali ini.
Masih mengekalkan aura kota metropolitan New York, bangunan mercu Empire State Building dilihat menghiasi latar bagi menonjolkan kemeriahan suasana di sebuah bandar yang tidka pernah ‘tidur’.
Xu menyarungkan helaian rekaan musim bunga terkini daripada Coach, menerusi helaian jaket kulit suede sambil ditemani kemeja bercetak ala Hawaii.
Sebagai aksesori ranggi, turut kelihatan adalah beg silang yang rekaannya diinspirasi oleh reka bentuk beg penerbangan klasik dari tahun 1970.
Tonton Klip Kempen Global Coach Untuk Musim Bunga 2018
Rekaan beg menawan yang ditampilkan dalam kempen global itu adalah hasil kolaborasi ikonik antara COACH dengan pereka Keith Haring Dylan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [malaysia.coach.com] atau lawat laman Facebook rasmi Coach Malaysia di [www.facebook.com/CoachMalaysia].