Awal tahun lepas kecoh dengan perubahan yang dialami oleh pelakon dan penyanyi Lindsay Lohan. Beliau dilaporkan sedang mendalami ilmu agama Islam dan sering berulang-alik dari Amerika Syarikat ke Turki. Setelah muncul berhijab, kemudian mengatakan ingin mengeluarkan jenama fesyen dan kini Lindsay Lohan mahu membawa keluar jenama mekapnya sendiri.
BACA: Lepas Kena Kecam Minat Islam, Lindsay Nak Jual Tudung Pula Ke?
Dari rancangan temu bual The Wendy Williams Show, Lindsay memberi gambaran secara eksklusif tentang produk mekap yang akan diberi nama Lohan. Kompak dengan warna silver tampak begitu mewah dan elegan sesuai untuk wanita bercitarasa tinggi.
Walaupun belum siap sepenuhnya dan masih lagi dalam rangka rekaan, beliau cukup teruja dan tidak sabar untuk berkongsi dengan para peminat. Lukisan tentang bungkusan produk dan label masih lagi dalam pembikinan.
Bukan produk mekap sahaja, malah bekas pelakon Mean Girls ini juga telah membeli sebuah pulau berhampiran Dubai dan akan memperkenalkan sebagai pulau mewah ‘Lohan Island’.
Diharap Lindsay Lohan juga berjaya seperti rakan selebriti yang mengeluarkan jenama mekap iaitu Kylie Jenner dan Rihanna!