Selain perkahwinan di dasar laut, ini mungkin adalah perkahwinan plaing ekstrem yang pernah anda lihat.
Di Amerika Syarikat, sepasanga kekasih telah mengadakan upacara perkahwinan mereka 400 meter daripada paras graviti menerusi jaring yang dipasang pada beberapa penghujung bucu bukit.
Pasangan berani mati tersebut adalah Ryan Jenks dan Kimberly Weglin yang menurut sumber telah pun mengikat tali perkahwinan mereka sejak penghujung November tahun lalu tetapi foto-foto perkahwinan ekstrem mereka yang diadakan secara kecil-kecilan di atas kawasan padang pasir Moab, Utah itu baru-baru ini menjadi viral lantaran digelar ‘resepsi paling epik’.
Foto-foto perkahwinan itu dirakam sendiri jurugambar profesional Abbi dan Callen Hearnes manakala jaring yang telah diolah menjadi jaring istimewa berwarna-warni itu dibuat serta dipasang sendiri oleh pengapit daripada pihak lelaki bernama Andy Lewis.
Kimberly yang baru sahaja memuat naik foto perkahwinan uniknya itu menulis kapsyen di Instagram dengan menyatakan bahawa keghairahan dia dan pasangannya melambangkan keyakinan, sifat cintakan diri serta perjalanan kehidupan. “Saya mahu membawa semangat itu bersama-sama dengan saya dan suami sepanjang perjalanan rumah tangga kami sehingga ke akhirnya”.
Ryan Jenks dan Kimberly Weglin adalah pengamal sukan ekstrem “slackline” dan merupakan pengasas bersama Slackademics itu membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi pengamal slackline profesional.
Pasangan itu mengaku, mereka seronok menggantikan sebuah perkahwinan tradisional dengan perkahwinan yang lebih bersifat peribadi dan dekat dengan jiwa mereka.