Setiap wanita pasti girang apabila melihat pilihan warna yang ditampilkan dalam keseluruhan koleksi kosmetik versatile ini!
Minggu sudah, penulis berpeluang memeriahkan majlis pembukaan kiosk 3INA yang terletak di aras empat (4) Pavilion KL. Ternyata biarpun ruangan kisok agak kecil namun, hampir pelbagai pilihan kosmetik yang ditawarkan 3INA termasuklah pembayang mata, pewarna kuku, seleksi masker topeng, cecair pembersih mekap, gincu, celak, maskara, bedak asas dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan semua, 3INA yang disebut sebagai “Mee-Nah” adalah jenama kosmetik terulung yang dibangunkan pengasas bersama Pablo Rivera and Mark Eve, berasal dari Eropah. Komited untuk mewujudkan tradisi solekan yang lebih segar, universal dan bersifat berani untuk dicuba semua golongan wanita, 3INA dijual pada harga berpatutan yang sesuai dengan kemampuan masyarakat era kini.
Tutorial Menggunakan Produk 3INA
Bukan itu sahaja, setiap satu produk yang dihasilkan 3INA adalah berasaskan sumber bebas peraben, vegan dan tidak menjalani sebarang ujian ke atas binatang. Ia pastinya lebih mesra dengan pelbagai tona kulit sekaligus menggalakkan wanita moden untuk berkarya dan mengekspresikan diri mereka secara bebas menerusi solekan berwarna-warni.
The Lip Oil Balm: RM49
Paling penting, pembungkusan kosmetik 3INA juga adalah menggunakan bahan dan material yang boleh dikitar semula tau?
Jom lihat antara produk terbaik daripada 3INA yang berjaya memikat hati penulis!
#1 The Color Eyeliner: RM49
Memang rambang mata dibuatnya. Dengan harga mampu milik macam ni, penulis rasa hendak beli semua!
The Color Eyeliner bersifat kalis air. Penggaris mata cecair berwarna ini pastinya mampu menyerlahkan sifat ceria si pemakai sekaligus menggalakkan anda menggunakan kreativiti untuk mencipta gaya solekan yang lari daripada kebiasaan.
Korang gosok la macam mana pun, warna tak akan comot, pudar atau hilang! TERBAIK
Penggaris mata tak semestinya harus digunakan untuk menggaris bahagian alis. Boleh cuba gaya solekan ala 3INA ini!
#2 The Full Concealer: RM53
Penulis sempat mencalit The Full Concealer daripada 3INA ini pada tangan. Memiliki formula jenis krim tidak melekit, mudah melekat pada kulit dan bersifat ringan. Ia dapat menutup parut dengan berkesan juga selepas dicalit beberapa lapis!
Rangkaian warnanya pula amat bersesuaian dengan kulit ‘sawo matang’ milik penulis ini kerana agak sukar untuk mendapatkan concealer berwarna gelap di luar yang padan dengan kulit penulis.
Paling seronok, harganya cuma RM53… jauh lebih murah jika hendak dibandingkan concealer jenama-jenama kosmetik yang dibeli di Sephora.
#3 The Essential Eye Pencil: RM19
Penulis suka sangat dengan pensil mata ni! Warna hijau dan ungu paling menyerlah menurut penulis.
Apabila dioles ke kulit, pergerakan mata pensil The Essential Eye Pencil ni lancar dan tidak tersekat-sekat menggambarkan konsistensinya yang halus berupa krim. Selain menggaris mata, anda juga boleh gunakannya pada kelopak sebagai pembayang mata.
Walau bagaimanapun, ia tidak kalis air tetapi jika mahu mengekalkan solekan mata menggunakan pensil The Essential Eye Pencil ini boleh lapiskannya dengan eye primer terlebih dahulu sebelum mula bersolek.
#4 The Bronzer Powder: RM83
Pasti dapat mencipta ilusi rahang dan tulang pipi yang jelas! Biarpun harga The Bronzer Powder sedikit mahal, saiz paletnya agak lebar dan tebal sekaligus bisa bertahan lama.
Sapuannya juga mudah dioles ke pipi dengan warna yang memukau. Warnanya yang pekat membuatkan pengguna tidak perlu bersusah payah menenyeh berus secara kasar.
Cukup dengan sapuan ringan, warna bronzer sudah boleh dilihat melekat pada pipi untuk jangka masa yang panjang.
#5 The Essential & Matte Lipstick: RM39 & RM49
Tidak mengering, mudah dioles ke bibir biar tanpa sebarang penggaris bibir sekalipun.
Warnanya juga terang menonjol seperti menggunakan gincu berjenama lain yang lebih mahal harganya.
3INA The Matte Lipstick dan The Essential Lipstick boleh dibeli pada harga serendah RM39 dan RM49 setiap satu.
Pilihan ronanya yang pelbagai pasti menggamit nafsu anda yang sememangnya gilakan mekap!
BONUS!
The Eyeshadow Palatte 101: RM89.90
Jika anda gemarkan solekan mata, anda pasti akan tertarik dengan palet pembayang mata The Eyeshadow Palatte 3INA ni.
Penulis sengaja beli palet ini kerana terpikat dengan pigmentasi warnanya yang pekat… that gold, blush pink and dark brown color is a score!
Tak lama lagi kan nak gaji, ha bolehlah korang shopping mekap 3INA ni banyak-banyak! Sumpah cantik dan tak rugi pun. Boleh juga dapatkan kosmetik 3INA secara atas talian di [my.3ina.com].
Selamat beramal! ❤️