Isabelle Duterte, cucu kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte selamat menyambut ulang tahunnya yang ke-18 pada Jumaat lalu.
Bukan majlis biasa kerana sambutan hari jadinya cukup gah bak sebuah majlis perkahwinan. Tak percaya?
Isabelle anggun mengenakan gaun biru pekat ala Cinderella dari pereka fesyen yang berpangkalan di Dubai, Michael Cinco.
Gaun cukup sempurna itu ditatah dengan kristal Swarovski yang membuatkan kita juling melihatnya. Rasanya kalah wedding dress Kim Kardashian.
Bukan itu sahaja, tetamu hadirin juga dikehendaki memakai pakaian formal warna hitam sesuai dengan tema. Setiap detail majlis itu cukup mewah, dari gaun Michael Cinco sehingga ke dekorasi oleh Robert Blancaflor.
Bahkan, Isabelle turut memberi hadiah dari jenama berprestij Hermes kepada tetamu yang dipilih sebagai “best dressed”. Hebat!
Baru hari jadi dah macam ni. Agaknya kalau kahwin bagaimanalah nanti….