Usia 16 tahun, anak perempuan Cindy Crawford kini sedang dalam perjalanan untuk menakluki insdusti fesyen seperti ibunya. Kaia Gerber sudah berjalan di pentas peragaan label besar seperti Alexander Wang, Chanel, Coach dan pelbagai lagi, mukanya bersepah di majalah bahkan sudah mendarat di Vogue. Jadi, apa lagi yang kita tidak ketahui tentang si tinggi lampai ini? Semuanya ada di Instagram!
Keluarga Adalah Segalanya
Bukan sahaja Kaia, malah abangnya, Presley Gerber juga menjejak langkah dalam dunia modelling. Kiranya family ini memang terjebak dalam dunia modelling. Hebat!
Semua Gaya Rambut Dia Mampu!
Kaia mungkin terkenal dengan rambut beralun semulajadinya, tetapi dia juga mampu bereksperimen. Lihat sahaja bila dia mengejutkan follower dengan rambut blonde.
Sebahagian Squad Kendall Jenner
Kaia dilihat sakan berpesta ketika sambutan hari jadi Kendall Jenner yang ke-21.
Animal Lover!
Cicak, anjing, semuanya dia ada! Kaia kerap dilihat berkongsi minatnya di Instagram.
https://www.instagram.com/p/BYRcxQGhGsC/?hl=en&taken-by=kaiagerber
Cintakan Alam Sekitar…
Kaia kerap menghabiskan harinya dengan beriadah bersama ahli keluarga – melihat sunset, berjemur di pantai.
Gilakan Fesyen 70-an
Lupakan hakikat bahawa Kaia dilahirkan pada tahun 2001. Almari remaja ini penuh dengan fesyen vintaj seperti high-waisted jeans, chokers dan hippie-style glasses.
https://www.instagram.com/p/BJwO2-_AmWq/?hl=en&taken-by=kaiagerber
https://www.instagram.com/p/BbftSNGB5K5/?hl=en&taken-by=kaiagerber
Kaia Gerber ni sekejap dalam squad Taylor Swift, sekejap Kendall Jenner, mana satu ni dik…..