Kalau dah gila harta memang tidak boleh buat apa lagi.
Seorang pemuda di China berusia 23 tahun telah berkahwin dengan wanita yang jarak umur berbeza 15 tahun!
Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan di Qionghai, Wilayah Hainan pada 9 Januari lalu. Perkahwinan tersebut pada mulanya mendapat tentangan keluarga pihak lelaki akan tetapi setelah dijamin dengan pelbagai ‘hadiah’, akhirnya mereka bersetuju.
Bukan sahaja jarak umur yang berbeza, wanita berusia 38 tahun itu juga sedang mengandung bayi kepada lelaki tersebut. Menurut dari sumber terdekat, pengantin lelaki sememangnya sengaja bertindak sedemikian supaya ianya boleh dijadikan alasan untuk mengahwini wanita kaya ini.
Jangan terkejut kalau Wanista beritahu, pengantin perempuan telah menghadiahkan wang tunai berjumlah 660,000 yuan (RM404,118.00), harta tanah lot dan sebuah kereta Ferrari yang dianggarkan berharga 5,000,00 yuan (RM3,06150.00).
Malah semasa majlis, pasangan ini turut bersiar-siar menggunakan kereta mewah dan kelihatan sangat gembira melambai kearah tetamu.
Jadi apa pendapat anda? Ikhlas atau tidak perkahwinan ini atau hanya atas dasar kesenangan.