Selepas tiga tahun kejayaan merealisasikan kasut sukan lari, kini Nike tampil lagi dengan rekaan inovatif yang dikenali sebagai The Nike Epic React Flyknit.
Kasut terbaru ini menawarkan kusyen yang lebih banyak memberi impak setiap langkah dan si pemakai kekal bertenaga. Kaki lebih terasa ringan dan bersedia untuk menerima impak dan elemen setiap larian tanpa henti. Pakar inovatif, ahli kimia, jurutera dan juru reka bekerjasama dalam menghasilkan solusi untuk tapak busa dipanggil Nike React.
Rekaan kasut ini lebih ringkas tapi tetap menyokong dan bersifat fleksibel si pelari. Menariknya kasut dan tapak Nike ini tidak menggunakan sebarang gam supaya ia kekal menjaga berat dalam keadaan minimum.
The Nike Epic React Flyknit bakal berada dipasaran 22 Februari di nike.com dan stor terpilih.