Saoirse Ronan baru berusia 23 tahun tetapi namanya sudah sebaris dengan Meryl Streep, Emma Stone, Jennifer Lawrence dan aktres kelas A lain. Aktres muda ini telah dicalonkan dalam kategori pelakon wanita terbaik untuk peranan cemerlangnya dalam Lady Bird.
Hakikat bahawa Saoirse yang masih muda 23 tahun dan sudah dicalonkan untuk Oscar, itu merupakan anugerah yang cukup hebat dalam portfolionya. Tetapi, ini bukanlah kali pertama dia tercalon malah buat kali ketiga. Hebat bukan?
Siapa Saoirse?
Saoirse dilahirkan di New York tetapi apabila dia berusia tiga tahun, ibu bapanya yang merupakan anak jati Ireland berpindah ke Ireland. Berumur sembilan tahun, mula muncul di rancangan RTE dan uji bakat untuk watak Luna Lovegood dalam Harry Potter, sayangnya dia tidak terpilih.
Akhirnya… Debut
Debut di layar perak pada tahun 2007 pada usia 13 tahun menerusi filem Atonement, di mana dia memainkan watak Romola Garai yang bernama Briony. Sejak itu dia terusan melebarkan sayapnya muncul dalam Brooklyn, The Grand Budapest Hotel, The Host, How I Live Now, Hanna dan The Lovely Bones.
Cara Nak Sebut Namanya..
Ya, kerana ramai yang keliru dan tidak tahu cara yang betul untuk menyebut namanya. Cara yang betul adalah “Sur-Sha”. Faham dah? Lepas ni jangan tak tahu pula okay…
Oscar!
Baru 13 tahun, Saoirse sudah tercalon untuk pelakon pembantu wanita terbaik menerusi Atonement. Dia kemudian menerima pencalonan kedua pada tahun 2016, kali ini untuk pelakon wanita terbaik menerusia watak Eilis dalam filem Brooklyn. Penulis dah tonton filem ini, sentimental dan bersahaja lakonan Saoirse, cukup berkesan.
Ed Sheeran?
Ya apa kena mengenanya dengan Ed Sheeran? Saoirse Ronan mencuri tumpuan apabila muncul dalam muzik video Galway Girl nyanyian Ed Sheeran.
Lady Bird
Tercalon untuk pelakon wanita terbaik, Lady Bird diarahkan oleh Greta Gerwig, menampilkan Saoirse Ronan sebagai pelakon utama membawakan bawak sebagai Christine McPherson (yang menggelarkan dirinya Lady Bird), seorang senior di sebuah sekolah Katolik di Sacramento. Seorang yang sangat lantang dalam menentukan kehidupannya sendiri sehingga berlaku konflik dengan ibunya.
Menerusi persembahan cemerlangnya dalam Lady Bird, Saoirse Ronan baru sahaja membawa pulang anugerah pelakon wanita terbaik di Golden Globe 2018. Tahniah!
Dengan tiga pencalonan, mungkin Saoirse Ronan boleh mengatasi rekod yang dipegang oleh Meryl Streep pelakon terbanyak tercalon di Oscars. Siapa tahu mungkin boleh berlaku….
Apapun, penulis tidak sabar untuk melihat jika dia berjaya memenangi Oscar pertamanya tahun ini!