Buat anda yang sukakan keletah si cilik Yusuf Iskandar dan kucing kesayangannya, Bujibu Chempel pasti tidak sabar untuk menonton episod pertama rancangan realiti mereka ‘My Little Heroes – Yusuf & Bujibu’ yang akan bersiaran pada 31 Januari (Rabu) di Astro Ria.
Anak lelaki kepada dua selebriti popular Malaysia, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini sentiasa tampil cergas dan aktif. Kadangkala buat kita semua terfikir apa agaknya yang Hanis Zalikha beri ‘makan’ pada Yusuf.
Semasa majlis pelancaran ‘My Little Heroes – Yusuf & Bujibu’ dan perasmian Hanis Zalikha sebagai duta Anmum Essential, Wanista sempat mendekati si ibu muda ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang rahsia jagaan dan didikan yang diberikan Hanis dan Hairul kepada Yusuf Iskandar.
BACA: Hanis Zalikha Pilihan Terbaik Sebagai Duta Baru Anmum Essential
Bila Yusuf Mengamuk, Hanis Akan…
Biasalah kanak-kanak akan ada masa mereka untuk tantrum, tak kisahlah anak siapa pun itu memangnya sifat azali. Jadi sebagai ibu bapa anda jangan cepat melatah, sebaiknya kawal mereka dengan tenang. Jika Yusuf tantrum, Hanis akan mengalihkan situasi dan pandangan Yusuf dari benda yang buat dia mengamuk. Larikan dia dari situasi yang buat di stres, tak sampai seminit kanak-kanak akan fokus pada benda yang baru dan ceria semula.
Kasi Yusuf Puas Dahulu…
Bila ditanya soal pembelajaran, Hanis dan Hairul mengaku mereka tidak mahu terburu-buru. Bagi mereka biarlah beri Yusuf puas bermain dahulu. Bab ini penulis sangat setuju dengan Hanis, kadang-kadang ada ibubapa terlalu mahu anak dia bijak dengan A,B,C atau 1,2,3 dengan membeli buku atau flashcard terlalu awal. Sebaikya berilah anak-anak didikan dalam bentuk permainan/hiburan.
No Gadjet Bila Dengan Anak?
Sudah menjadi trend agaknya bila para ibubapa mahu . Prinsip Hanis ialah dia tidak akan beri gadjet kepada Yusuf sebelum umurnya menginjak setahun. Menariknya lagi, Hanis akan bersama Yusuf ketika menggunakan telefon pintar. Tips ini supaya anak-anak tidak berasa tertanya-tanya atau insecure kenapa ibu atau bapa selalu dengan telefon dan ketepikan lah telefon sebenar jika bersama mereka, beri tumpuan sepenuhnya.
Jangan Takut Beri Anak Kotor…
Rupanya ramai yang tegur Hanis apabila dia dan suami seperti selamba membiarkan Yusuf bermain dengan Bujibu. Tapi bagi Hanis sendiri, kucing adalah binatang yang paling bersih dan dia yakin pada peringkat awal kanak-kanak inilah untuk mendekatkan Yusuf dengan perkara-perkara ‘kotor’ dan ‘kasar’ supaya ia dapat merangsakan ketahan antibodi dan membina tunas rasa anaknya.
Ingat senang ya nak jadi ibu dan bapa. Elemen yang penting diterapkan sebagai ibubapa kenalah jadi kreatif dan sabar. Diharap perkongsian dari Hanis ini sedikit sebanyak dapat beri idea teknik dan cara para ibu muda dalam mencorakkan gaya hidup anak.