Ubati Rasa Sunyi Dan Keseorangan Dengan Langkah Ini

Rasa sunyi dan keseorang bukan perkara yang normal kerana dari ia boleh membawa kepada masalah kemurungan. 

Benar tidak mudah untuk bergaul dan menjadi mesra lebih-lebih lagi pada mereka yang introvert tapi extrovert juga menghadapi keraguan yang sama kerana ada diantara mereka merasa tidak ada yang ikhlas bersama mereka. Jika anda sentiasa terasa tiada siapa untuk anda bawa berbincang dan mudah overthinking, jaga-jaga jangan tunggu ia boleh merosakkan mental dan kesihatan dalaman anda. Ingatlah kita ada yang SATU untuk dirujuk dan berusahalah untu kembalikan semangat hidup. 

Kurangkan sosial media

Penulis tidak minta untuk anda stop menggunakan sosial media kerana rata-ratanya menggunakan ia sebagai medium mencari sumber namun kurangkanlah. Hasil kajian mendapati antara punca timbul rasa kesunyian ialah dari media sosial. Ini kerana interaksi melalui atas talian membuatkan anda lebih rasa sunyi tanpa sentuhan dan emosi yang sebenar. Nasihat penulis, rajinkan diri untuk keluar, bertegur sapa dan berkomunikasi secara amali dengan kenalan baru atau kawan-kawan. Tidak perlu ramai, carilah kelompok rakan yang berkualiti.

Foto – Health Magazine

Kebahagiaan pada insan 

Tanpa kita sedar, ramai yang menganggap kebahagian buat mereka ialah apabila dapat melakukan hobi, membeli-belah atau apa sahaja misi yang ingin dicapai. Semakin ramai lupa silaturahim dengan keluarga, sahabat, insan tersayang malah orang sekeliling adalah kebahagiaan paling hebat. Individu yang suka berkomunikasi dan mempunyai banyak tali persahabatan kurang berasa sedih, sunyi, lebih berkeyakinan dan tidak mempunyai sebarang masalah tidur atau pemakanan. 

Foto – Ayoti
Tak salah untuk anda kembali berhubung dengan rakan atau kenalan dengan menghantar teks pesanan seperti “Apa khabar? Jom Sabtu ini kita keluar makan-makan.” atau anda boleh mengadakan majlis atau parti ringkas dengan mengajak keluarga, rakan datang kerumah. Jika anda mahukan kenalan suasana yang baharu, cuba melibatkan dengan pelbagai acara dan menghadiri sebarang keraian yang menjurus kepada minat anda.
Foto – Reader’s Digest
Cukup-cukuplah bersifat pasif, cari kebahagiaan dan kegembiraan anda sendiri tidak perlu untuk tunggu orang lain hanya anda yang mampu mengubah diri sendiri. 

 

RUJUKAN

Related Posts