Sebelum nak pujuk si dia, kita mesti tahu apa punca si dia merajuk dan baru lah anda atur strategi untuk pujuk si dia! Selain itu, anda juga harus tahu masa yang sesuai untuk pujuk si dia. Jika dia masih dalam keadaan marah, berikan dia sedikit ruang dan masa dan tunggu sehingga marahnya sedikit reda. Barulah anda ambil inisiatif untuk dekatkan diri dengan si dia semula.
Kami ada beberapa tips untuk dikongsikan hari ini. Semoga tips berikut dapat membantu anda memujuk semula hatinya yang sedang membengkak itu ya!
Terangkan perkara sebenar
- Jika si dia merajuk kerana cemburu atau ada perkara yang buatkan si dia kecil hati dengan anda, terangkan perkara sebenar kepadanya. Bukankah berterus-terang itu salah satu kunci kebahagiaan? Janganlah berselindung dna buatkan si dia ragui kejujuran anda.
Bertolak ansur dengan si dia
- Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan dan jelas bahawa anda sungguh sayangkan si dia!
Ucapkan kata-kata manis
- Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengannya dengan menggelarkan si dia, “bucuk”, “comot”, “manje”, “baby” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat romantis dalam perbualan tetapi ingat kekalkan perkataan-perkataan yang comel yang boleh buatkan si dia tersenyum!
Berikan si dia ruang untuk bersendirian
- Apabila seseorang merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
Nyanyikan lagu
- Ini merupakan tips yang sering dilakukan oleh kaum lelaki. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Ini merupakan salah satu cara yang terpantas untuk buatkan si dia tersenyum dan ketawa kerana suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Perasaan marah dan merajuk itu akan serta merta hilang dan perasaan sayang akan makin bertambah. Kalau anda belum cuba lakukan ini, percayalah ianya salah satu tips yang sangat berkesan untuk pujuk si dia yang sedang merajuk.
Hadiah
- Ini mungkin tips yang agak kuno untuk memujuk kekasih anda, tapi yang kuno itulah yang selalu berkesan tahu. Selain daripada bunga dan coklat, apa kata anda beli sesuatu barang untuknya. Jika dia sukakan aksesori, belikan cincin, anting-anting ataupun bangle untuknya dan buat surprise delivery. Anda kirimkan kepada sesiapa untuk berikan pada si dia. Oh ya jangan lupa sertakan kad mohon maaf sekali!
P/S : Kalau si dia makin marah, kami tidak bertanggungjawab ye! Apapun, semoga berjaya!