Club Med, destinasi dan pusat peranginan yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong dan terkenal dengan konsep pakej percutian ‘Premium Snow All-Inclusie’. Tahun ini sekali lagi Club Med memperkenalkan jualan musim sejuk 2018/19 iaitu dengan menawarkan 40% untuk kadar resort dan bagi pelanggan membuat tempahan sebelum 7 Fenruari 2018 akan menerima potongan RM300.
Jualan ini juga bersempena atas dua pembukaan resort baharu iaitu Club Med Tomamu Hokkaido, Jepun dan Club Med Grand Massif Samoens Morillon.
Pakej ‘All Inclusive’ ini ditawarkan pada 24 resort musim salji Club Med seluruh dunia, Asia (Jepun dan China) dan Eropah (Itali, Perancis, Switzerland) bagi memastikan keselesaan maksima pelanggan. Menariknya setiap tempahan bukan sahaja termasuk penerbangan, penginapan, pengangkutan malah makan, minum serta aktiviti yang telah disediakan oleh penganjur.
Club Med juga menyediakan fasiliti mesra kanak-kanak dan pelbagai aktiviti untuk percutian keluarga. Segala peralatan ski boleh disewa dan untuk anak kecil bakal diajar oleh pengajar professional.
Sememangnya pakej ‘All Inclusive’ dari Club Med memberi pulangan dan pengalaman yang berbaloi untuk pelanggan. Untuk maklumat lanjut dan tempahan https://www.clubmed.com.my/.