Bersempena Tahun Baru Cina, salah satu taman tema yang bernaung di bawah syarikat gergasi Sunway. Lost World of Tambun ada menyediakan sebuah lagi tarikan menarik yang dipanggil Luminous Forest.
Rasai pengalaman untuk meredah hutan indah yang diterangi cahaya neon serta menikmati kesegaran lanskap alam semula jadi dalam kelam malam mengasyikkan!
Inilah masanya untuk anda bersama keluarga atau teman bergembira secara nyaman, sambil dikelilingi keunikan seolah berada di taman fantasi.
Mulakan penjelajahan dengan meniti Bridge of Luminosa. Titian inilah yang akan membawa pengunjung masuk ke alam hutan penuh misteri seterusnya membawa kepada pertemuan dengan pohon Mother Sophea yang sudah berusia 400 juta tahun. Pohon tua ini dikatakan mempunyai pertalian ajaib dengan sekalian hidupan hutan termasuklah suku Makalani dan Malayana yang sama-sama menjaga kesejahteraan hutan Luminous Forest.
Setelah itu, jangan ketinggalan untuk melihat penjaga hutan bernama Shadowfang yang berupa lipan gergasi speanjang 16 kaki, memgang amanah untuk memelihara keselamatan hutan dariapda sebarang pencerobohan .
Di Garden of Lights pula, lihat sendiri gemerlapan suasana indah yang dihiaisi bunga-bungaan liar pelbagai warna dan bentuk, termasuklah aneka spesis serangga eksotik untuk lebih keterujaan.
Luminous Forest akan dibuka kepada umum bermula 14 Februari 2017 nanti dari jam 7.30pm. Untuk keterangan lanjut, sila klik [sunwaylostworldoftambun.com] atau lawat laman Facebook rasmi Lost World of Tambun di [www.facebook.com/lostworldoftambun].