Max, salah satu daripada jenama fesyen terbesar di Timur Tengah dan India telah membuka kedai keempat di 1 Utama.
Terletak di Pusat Beli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya, kedai baru inimempunya keluasan 10,000 kaki persegi, fokus kepada penjualan fesyen lelaki, wanita dan kanak-kanak, serta pakaian sukan, beg, kasut, pakaian dan aksesori.
Ramanathan Hariharan, Ketua Pegawai Eksekutif Max dan Pengarah Landmark Group berkata; “Kami membuka kedai pertama tahun lepas di 1O1 Mall, Putrajaya. Selepas itu, kami telah membuka dua lagi kedai, di Sunway Putra Mall dan Avenue K Mall – semuanya telah dipenuhi dengan kejayaan yang luar biasa. Dengan komitmen pelanggan di Malaysia, kami telah membuka kedai keempat 1Utama, Petaling Jaya.
Sempena pembukaan di 1 Utama, Max menawarkan Koleksi Musim Bunga 2018 yang mengetengahkan Denim dan Activewear. Koleksi Denim untuk pelanggan yang sentiasa ingin bergaya ringkas tetapi pada masa yang sama mempunyai signature yang unik. Koleksi Activewear menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif dengan kelengkapan sukan sempurna untuk aktiviti luar.
Untuk info lanjut mengenai Max Fashion, sila ke alamat sesawang seperti berikut;
- Laman Web (www.maxfashion.my)
- Facebook (https://www.facebook.com/MaxSoutheastAsia/)
- Instagram (https://www.instagram.com/maxfashionsea/)