Blackheads? Bila bercakap pasal pori-pori tersumbat, ia bukanlah masalah kulit yang begitu mudah lesap seperti menghilangkan debu daripada wajah menggunakan hanya sabun dan air. Biar sering dicuci saban minggu, bintik hitam tetap muncul lantas menyesak pori-pori wajah sehingga timbulnya jerawat apabila ianya terperangkap terlalu lama tanpa dikeluarkan.
Bintik hitam dan bintik putih adalah komponen kotoran yang sama kerana ia berasal daripada debu kotoran, minyak muka serta sisa alat solek yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma wajah.
Rajah menunjukkan perbezaan liang roma yang lapang dengan liang roma yang sudah tersumbat dengan bintik putih dan hitam…
Namun begitu, bintik putih (whitehead) biasanya berkumpul di bahagian dalam liang roma manakala bintik hitam (blackhead pula tersekat di bahagian atas dalam liang roma, seterusnya mengeras dan sukar untuk dikeluarkan.
Oleh itu, adalah penting untuk seseorang mencuci dan membersihakan liang roma setiap hujung minggu agar kulit wajah sentiasa segar dan bersih tanpa sisa kotoran yang membawa mudarat.
Jom Wanista senaraikan 15 produk pembersih atau penghapus bintik hitam yang dapat bertindak dengan berkesan, membuatkan wajah halus dan bebas daripada permukaan gerutu yang disebabkan blackheads dan whiteheads.
#1 Banila Co. Clean It Zero Purity
Inilah produk utama untuk langkah awal mencegah kulit daripada serangan bintik hitam.
Sebelum mencuci wajah dengan krim atau sabun pencuci, boleh sapukan Banila Co. Clean It Zero Purity pada keseluruhan wajah… gosok dan urut lembut pada wajah dan ia akan bertukar menjadi seperti minyak.
Selepas beberapa ketika menggosok, cuci bersih dengan air lalu bersihkan wajah dengan sabun pembersih seperti biasa. Yup, inilah cara double-cleansing yang sering diamal orang Korea tu.
#2 Dr. Jart Rubber Mask Clear Skin Lover
Kepingan masker yang mempunyai tekstur seperti getah inovasi Dr. Jart ini memang sangat membantu untuk mencerahkan kulit di samping membersih. Jangan terkejut kalau, lebih mudah untuk mengeluarkan bintik hitam dan putih di wajah selepas menggunakan Dr. Jart Rubber Mask Clear Skin Lover ini!
#3 Guardian Tea Tree Oil/Charcoal Pore Strips
Disebabkan penulis memang gemar menggunakan jalan pintas untuk membuang bintik hitam dan putih pada hidung, jalur pelekat pori dari Guardian ini adalah a must kerana lebih baik daripada jalur pelekat pori jenama Biore.
Gam pelekatnya lebih berkesan untuk menarik keluar kotoran sekaligus menghaluskan penampilan kulit di hidung. Tiada lagi gerutu bintik hitam dan putih kelihatan!
#4 Biore Pore Pack
Cepat bertindak mengeluarkan bintik hitam dan putih, jalur pelekat pori ajaib ini berkesan!
Hanya perlu membasahkan kawasan hidung dengan air, lekat jalur pelekat pada hidung selama 10 hingga 15 minit (sehingga jalur pelekat terasa keras), cabut dan anda boleh melihat hasil bintik hitam dan putih yang sudah keluar pada bahagian permukaan pelekat.
#5 The Body Shop Tea Tree Face Mask
Masker tanah liat yang perlu dibilas kemudian ini amat sesuai untuk kegunaan kulit yang berparut. Ia diformulasi dengan ekstrek Tea Tree yang mampu memudarkan parut dari semasa ke semasa malah membuatkan kulit tidak kering selepas setiap cucian.
Ia juga banyak mendapat reaksi positif daripada pengguna di atas talian yang mengatakan masker ini buat kulit jadi sejuk, mampu memulih jerawat sekaligus menghapuskan bintik hitam.
#6 Origins Clear Improvement Active Charcoal Mask
Dicipta khusus untuk kegunaan harian, serbuk pencuci ini perlu digabung dengan beberapa titis air untuk dijadikan pes berkrim sebelum disapukan menyeluruh pada wajah.
Ia mengandungi kebaikan arang buluh untuk bantu menghakis keluar kotoran dalam pori serta segala toksin, bintik hitam dan sisa debu agar kulit bersih senantiasa.
#7 Aztec Secrret Indian Healing Clay Deep Pore Cleansing Mask
Campuran masker ini pernah menjadi viral beberapa tahun yang lalu kerana mampu mengecutkan jerawat sekaligus buat penampilan wajah kelihatan lebih mulus dan bersih daripada cela.
Jadi, jangna lupa cuba masker ini jika anda mahu menghilangkan bintik hitam sekaligus membebaskan wajah daripada kemunculan jerawat!
#8 Glamglow Supermud Clearing Treatment
Bukan sahaja memerangi bintik hitam, ia juga mampu menyerlahkan peampilan kulit untuk kelihatan lebih segar yangs sesuai untuk semua jenis kulit.
Percaya atau tidak ramai testimoni mengaku bahawa sehari selepas penggunaan, kulit wajah mereka kelihatan lebih berseri, bebas kusam dan terasa produk ini berkesan menyah kotoran secara lembut.
#9 Murad Blackhead and Pore Cleaning Duo
Dengan hanya dua langkah cucian, kombo pembersih jenama Murad ini mampu menarik keluar segala kotoran yang tersumbat dalam kulit malah bantu menutup kembali liang roma untuk melindungi kotoran lain dariapda terus memasuki pori-pori. [BELI]
#10 Clean & Clear Blackhead Eraser Face Scrub
Produk pencuci ini memang dicipta khas untuk membersihkan liang pori tersumbat seterusnya menghilangkan bintik hitam dengan kadar segera sebelum menaikkan seri kulit dalam masa dua hari selepas beberapa kali penggunaan.
Walau bagaimanapun, difahamkan yang pencuci ini mengandungi beberapa peratus kandungan alkohol yang bisa mengeringkan kulit, jika kulit anda jenis kering ekstrem, sila elakan.
#11 St. Ives Apricot Scrub
Menggabungkan kehebatan untuk memerangi jerawat serta mampu menghilangkan kesan parut atau cela dengan cepat.
Selain itu, skrub aprikot daripada jenama St. Ives ini juga popular dalam kalangan pengguna kerana ia boleh mengecutkan pori serta menghapuskan segala kotoran tersumbat. Namun hati-hati agar tidak menggunakan skrub ini hari-hari okay?
#12 BHA Blackhead Power Liquid Cosrx
Serum ringan ini mengandungi manfaat air kulit kayu willow putih serta betaine salisilat yang bertindak menyedut keluar segala bintik hitam degil dan memelihara kulit daripada kemunculan bintik hitam yang baru.
Selepas mencuci wajah, sapu dan ratakan beberapa pam serum ini ke seluruh bahagian kulit wajah terutamanya pada bahagian yang bermasalah dan hasilnya… bintik hitam semakin mengecut dan bakal hilang dalam masa terdekat.
#13 Caolion Premium Blackhead O2 Bubble Pore Pack
Arang aktif yang digabung dengan kandungan oksigen sememangnya membantu untuk memulihkan masalah bintik hitam. Ia akan mengosongkan pori wajah serta merta daripada segala sisa kotoran, lalu menjadikan kulit cantik persis milik bintang Korea.
#14 Mario Badescu Silver Powder
Serbuk ini diformulasi untuk mencairkan dan mengeluarkan bintik hitam degil yang sudah tersumbat lama dalam pori wajah. Gunakan sekali hingga dua kali seminggu dengan mencelup bebola kapas lembab (sudah dibasahkan dengan sedikit air) ke dalam serbuk tersebut… lalu digosok pada beberapa bahagian wajah terlibat seperti hidung, dagu atau mana-mana tempat yang ada bintik hitam.
Tunggu selama 10 minit sehingga bekas serbuk menggeras pada kulit wajah sebelum mencucinya dan melembapkan kawasan wajah berkenaan dengan sapuan toner. Kini, kulit anda bersih berseri!
#15 Innisfree Super Volcanic Mask
Mencuci wajah sehingga ke lapisan kulit paling dalam, masker ini diformulasi istimewa untuk menarik keluar sisa kotoran seperti habuk, debu, minyak dan bintik hitam tanpa mengeringkan kondisi kulit.
Ia boleh disapu terus ke bahagian kulit yang dipenuhi bintik hitam dan jangan tak percaya bahawa masker ini adalah pilihan ramai bagi orang-orang yang memiliki masalah kulit berjerawat tau? 🙂
Selamat mencuba! ❤️