Baik yang kecil mahupun dewasa, minat pada Hello Kitty langsung tidak mengira usia.
Guardian Health and Beauty Sdn Bhd dan Hello Kitty telah bekerjasama sekali lagi untuk memberikan senyuman kepada para peminat, golongan muda mahupun yang berjiwa ‘muda’ di seluruh negara. Buat kali pertamanya, para peminat kucing paling comel ini bakal berpeluang untuk memiliki tujuh barangan menarik yang direka khusus untuk Guardian Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen berkata; “Inisiatif pemasaran unik ini diadakan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty. Dua koleksi ini telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac nanti. Oleh itu, barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri.
Rangkaian barangan “Hello Kitty Celebrates” – terdiri daripada selimut, kusyen, buku nota dan penanda buku dan direka untuk mencerminkan mood perayaan, akan boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 1 Februari hingga 7 Mac.
Manakala koleksi yang lain, “Hello Kitty Hello Confidence” pula terdiri daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan beg komputer riba, hadir dalam warna ungu dan merah jambu dan membawa mesej cinta, ceria dan semarakkan cinta bagi melambangkan Hari Wanita Sedunia. Ia bakal dijual pada 8 Mac hingga 18 April.