Rasanya belum terlambat untuk Wanista mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru Yuna dan Adam Sinclair yang selamat mendirikan masjid pada hujung minggu lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Masih belum move on dengan pelamin unik dan cantik ketika pernikahan dengan konsepnya bak kayangan, berlatar belakangkan gunung-ganang. Sekali lagi, pelamin Yuna di majlis resepsi bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) jadi perhatian.
Dengan tema bohemian chic hasil dekorasi perancang perkahwinan Reka Teemor. Rata-rata jemputan bahkan netizen memuji keindahan pelamin yang dihiasi ‘daun lalang’ berwarna kuning keemasan kerana berjaya memberi kelainan dan menyerlahkan keseluruhan majlis.
Baiklah pada sesiapa yang bertanya dan ingin tahu, ‘daun lalang’ yang dimaksudkan ialah rumput pampas. Macam pelik bagaimana rumput boleh menjadi begitu cantik bila dideko dengan betulnya oleh si pakar.
Rumput pampas. Ia boleh memberi impak yang romantik, cantik, dreamy dan penuh bergaya!
Bahkan rumput berbentuk meninggi ini yang boleh dijadikan sebagai hiasan bunga dan latar belakang, menambahkan suasana retro ataupun boho, ia adalah alternatif sempurna untuk anda yang mahukan majlis lain daripada yang lain, lari daripada penggunaan bunga.
Selain ‘mencuri’ idea pelamin Yuna, mungkin anda boleh cuba inspirasi lain.
#1 Hiasi lampu chandelier dengan rumput pampas
#2 Latar belakang untuk photobooth
#3 Jambangan bunga ala boho
#4 Meja makan pengantin
#5 Walk down the aisle
#6 Pintu masuk
#7 Hiasan meja makan tetamu
#8 Pintu masuk ke pelamin
#9 Meja buffet
Cantikkan rumput pampas ni? Confirm bakal pengantin guna idea Yuna selepas ini…..