Filem ini menyebabkan rusuhan besar berlaku di India, daripada berjudul “Padmaavati” ditukar kepada “Padmaavat”. Terkini, filem yang mencetuskan kontroversi besar itu juga ditangguhkan tayangan di Malaysia.
Berita itu, dikeluarkan oleh pengedar filem iaitu Antenna Entertainments di laman sosial Facebook mereka.
“Harap maklum filem “Padmaavat” telah ditunda sehingga ke tarikh yang akan diberitahu semula oleh Lembaga Penapisan Filem. Susulan itu, filem itu tidak akan ditayangkan di Malaysia pada minggu ini.”
Penundaan filem yang sepatutnya ditayangkan pada minggu ini dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).
Menurut sumber Times of India, Padmaavat kini dihalang daripada membuka pawagan di Malaysia atas kebimbangan mengenai ‘sensitiviti Islam’. Penegerusi LPF, Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata dalam satu kenyataan bahawa jalan cerita filem itu sendiri adalah kebimbangan serius kerana Malaysia adalah negara majoriti Muslim, jadi alur cerita filem itu yang menyentuh isu sensitiviti Islam, yang sememangnya menjadi kebimbangan.
Update Terkini
Filem ‘Padmaavat’ tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.
Ternyata, pengumuman ini menimbulkan kekecewaan peminat filem hindi di Malaysia. Terdahulu, tayangan filem arahan Sanjay Leela Bhansali ini dijadualkan ditayangkan di India pada 1 Disember 2017, namun terpaksa ditunda ke 25 Januari 2018.
https://www.youtube.com/watch?v=8YaF2m7hCx0
Filem yang dibintangi oleh Deepika Padukone, Ranveer Singh dan Shahid Kapoor ini dikecam hebat apabila ia didakwa mengubah fakta berkaitan dengan komuniti Rajput di India. Susulan itu, rusuhan besar-besaran telah diadakan di Rajasthan yang membantah tayangan filem itu termasuklah ahli politik yang membuat ancaman bunuh terhadap pelakon dan pengarah dengan menawarkan ganjaran.