Jujur semua orang kalau sekali dah tengok Netflix, memang tak boleh lepas kan?
Pagi, petang, siang, malam, kamu menonton Netflix. Tak bosan ke? Setiap kali ada masa terluang, kamu tak tunggu lama terus pergi ke Netflix mencari cerita yang menarik untuk ditonton.
Kawan? Kerja? Kehidupan sosial? Ini adalah soalan biasa kebanyakan individu tanya pada diri sendiri semenjak menjadikan Netflix sebagai hobi. Kamu langsung tidak ada life, segalanya Netflix!
Adakan kamu mengalami 8 perkara ini? Maksudnya kamu memang obses!
#1 Bila kamu perlukan cerita yang baru
Ini benda yang penulis alami sendiri. Setiap kali habis satu drama, penulis terus standby dengan drama yang baru. Kadang-kala penulis terlebih dahulu membuat research drama baru yang akan ditonton. Kiranya langsung tak menyempat, make sure dah ada stock baru supaya masa itu terluang dengan baik. Pelikkan?
#2 Kamu pertahankan drama/filem yang ditonton
Kamu sanggup bertegang lidah dengan adik beradik atau kawan-kawan demi mempertahankan watak dalam drama/filem yang ditonton. Kawan kamu kata A, kamu kata B, ada sahaja perbahasan demi memuaskan hati masing-masing. Kadang-kala kamu pertahankan seperti kamu adalah pihak produksi untuk cerita tersebut, kamulah yang mencipta jalan cerita, kamu yang menentukan pemilihan pelakon, kamulah yang tahu segalanya..
#3 Ya kamu obses!
Apabila Netflix menjadi hobi kamu, kamu tidak lagi berpaling pada yang lain. Habis satu episod, kamu straight way mulakan episod yang baru tanpa menunggu lama. Sampaikan masa makan masih sempat menonton Netflix. Padah sungguh!
#4 Kamu rasa happy bila berjumpa dengan rakan yang sama-sama ‘gila’ dengan Netflix
Apabila bertemu dengan rakan baru, lebih-lebih lagi yang sama menonton Netflix, kamu tidak akan bertanya pasal perihal peribadinya tetapi kamu terus masuk kepada soalan yang berkaitan Netflix. Kamu rasa seronok berborak tentang siri yang sama-sama tonton.
#5 Bila kamu lebih memilih Netflix berbanding kehidupan sosial
Kamu amat selesa di atas katil, langsung tak keluar ke mana-mana walaupun hujung minggu yang sepatutnya dihabiskan beriadah. Kamu hanya akan bergerak dari katil apabila kamu ingin tandas dan makan, kalau tidak kamu rela memakai pijama tidur dari siang ke malam. Ada tak yang macam ini? Jika kamu keluar berlibur sekalipun, satu-satunya perkara bermain di minda adalah Netflix. Jelasnya, Netflix mengalahkan kehidupan sosial.
#6 Sanggup bersengkang mata semata-mata demi Netflix
Guys, this is too much! Rasanya kalau ada anugerah penonton paling setia ataupun penonton paling banyak menonton Netflix, kamu patut menang! Sanggup terperap dalam bilik, hanya mengubah kedudukan di tempat tidur, semata-mata untuk menghilangkan rasa mengantuk dan berjaga untuk menonton cerita kegemaran. Walaupun kelopak mata menunjukkan rasa penat tetapi kamu masih berdegil.
#7 Sanggup re-watch drama atau filem kegemaran
Jom jujur, kebanyakan cerita mengambil masa yang cukup lama untuk habis, dan apabila selesai kamu langsung tidak mengingatinya, disebabkan itu kamu sanggup menonton semula. Apabila kamu mempunyai cerita kegemaran, tidak ada perkara seperti menonton terlalu banyak. Kamu boleh menonton seberapa banyak yang kamu mahu tanpa sedikit rasa bosan.
#8 Panic attack setiap kali masalah sambungan internet yang lemah
Loading, buffering memang buat kamu tertekan. Pelbagai soalan bermain di minda. Apa yang sedang berlaku? Adakah Wifi bermasalah lagi? Adakah laptop sayang tidak berfungsi? Kenapa dengan internet? Pelbagai soalan bermain di minda.
Jom kita ber-Netflix!