Amboi! Mungkin itu akan terpancul dari mulut anda semua bila melihat gambar-gambar lama Kate Middleton yang bakal Wanista kongsikan.
Hampir 7 tahun Kate Middleton menjadi sebahagian dari kerabat diraja selepas mengikat kata janji perkahwinan dengan Putera William pada 29 April 2011. Kini, beliau sedang hamil dengan anak ketiga dan sudah pun menyesuaikan diri dengan gelaran Duchess of Cambridge.
Bukan sahaja kecantikan beliau menjadi idaman gadis diluar sana, malah gaya fesyen yang dibawa oleh beliau juga sentiasa menjadi ikutan. Mainan warna yang menarik, classy, mewah dan ringkas itulah yang gaya ikonik Kate Middleton.
BACA: 10 Busana Paling Mahal Digayakan Kate Middleton Sepanjang Tahun 2016
Tapiiiiiii…macam mana pula dengan fesyen Kate sebelum beliau diangkat menjadi kerabat diraja? Mari kita sama-sama selidik diri Kate Middleton sebelum terikat dengan protokol. Gambar-gambar dibawah sekitar tahun 2005 hingga 2007.
Sekali tengok dah macam Kendall Jenner pula Kate dalam gambar lama ini.
Buat pertama kalinya nampak Kate pakai wedges!
Seluar pendek separa lutut dipadankan pula dengan but. Kenapalah Kate boleh pilih gaya ini ya?
Seriuslah Kate? Wanista no comment.
Party Kate! Suka pula lihat zaman bujang Kate Middleton.
Boot-cut jeans, Kate tampak ranggi sangat!
Gambar Kate dalam blaus jarang ini memang sangat rare dan seksi.
Lihatlah potongan pinggang jeans beliau, memang seksi betul.
Corak pada dress Kate ini sangat 2000 okay.
Kejap! Wanista keliru, ini baju tidur atau dress untuk ke parti?
Mengancam juga ya Kate Middleton ni dulu. Hehehe~