Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Review - Kecantikan

Gincu Matte Baharu Maybelline Tahan Lama? Baca Review Wanista Dulu

by Izzah Azizah
February 2, 2018
Foto - arkib Wanista.com

Foto - arkib Wanista.com

28
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Peminat gincu matte pasti menjerit gembira bila dapat tahu Maybelline kini mengeluarkan 60 rona untuk The Creamy Mattes by Color Sensational! Tak kira dari pilihan nudes, merah, merah jambu, coklat, ungu dan rona gelap semuanya ada.

Baru-baru ini penulis sempat menghadiri pelancaran The Creamy Mattes by Color Sensational dan pada masa yang sama pelakon dan pengacara Elfira Loy turut bersama dalam majlis kerana beliau bakal berkolaborasi bersama Maybelline untuk siaran media digital. Lepas ini memang banyaklah dapat tengok El bermain dengan produk Maybelline. 

Foto – arkib Wanista.com

Di kesempatan itu, penulis sempat bertanyakan kepada El tentang warna rona yang menjadi kegemaran beliau. Iaitu dari warna Chili Nudes, Smitten dan Lust for Blush. 

View this post on Instagram

El kongsi 3 warna favourite dari gincu matte terbaru dari Maybelline, The Creamy Mattes by Color Sensational! Lepas ni korang boleh pilih 60 rona nudes, pink, red, purple semua ada!! Tahniah @elfiraloy untuk kolaborasi digital content bersama @maybelline El akan terbang jauh ke NY. Bestnyaaaa! #ElfiraLoyxMaybelline #Maybelline #MaybellineMalaysia #ColorSensational

A post shared by WanistaMY 🇲🇾 (@wanistadotcom) on Jan 24, 2018 at 4:55am PST

Gincu jenis matte menjadi pilihan ramai kerana konsistensi produk yang tahan lebih lama. Penulis juga sangat teruja untuk mencuba 4 warna pilihan dari Ravishing Rose, Touch of Spice, Rich Ruby dan Burgundy Blush. Lihat swatches yang penulis buat, kod warna yang berjaya mendapat hati penulis ialah Touch of Spice dan Burgundy Blush! 

IKLAN

#1 The Creamy Mattes by Color Sensational/Ravishing Rose

Ravishing Rose/670. Foto – arkib Wanista.com

#2 The Creamy Mattes by Color Sensational/Touch of Spice

Touch of Spice/660. Foto – arkib Wanista.com

#3 The Creamy Mattes by Color Sensational/Rich Ruby

Rich Ruby/691. Foto – arkib Wanista.com

#4 The Creamy Mattes by Color Sensational/Burgundy Blush

Burgundy Blush/696. Foto – arkib Wanista.com

Mudah dipakai

Hujung gincu yang tajam memang mudah untuk diaplikasi pada bibir terutamanya cupid bow. Malah tekstur yang creamy lagi memudahkan dengan hanya satu calitan sahaja. Kebanyakan formula matte membuat bibir menjadi kering tapi dengan tekstur krim jangan khuatirlah tentang bibir kering.

Tahan lama?

Sama seperti gincu matte yang lain, bila anda makan dan minum ya ia akan tertanggal tapi bukan kesemuanya. Anda hanya perlu tambah sedikit untuk kembali berseri. Warna dari gincu ini sangat pigmen dan pekat, mereka yang suka tampil bibir natural, nasihat penulis anda kena gunakan berus bibir untuk calitan sedikit demi sedikit.

Berpatutan

Inilah gincu matte yang paling berpatutan dan fomulanya setanding dengan produk high-end. Rasanya dengan RM27 anda boleh mengumpul 60 batang gincu ini. Bukan apa kadang-kadang gincu matte mahal sekalipun akan tertanggal warna. Jadilah pengguna yang bijak!

Foto – arkib Wanista.com

Kelebihan 60 Warna?

Menariknya dengan 60 The Creamy Mattes by Color Sensational anda boleh pilih warna yang sesuai mengikut tona kulit anda. Tidak semua warna gincu ‘kena’ dengan warna kulit, jadi dengan pilihan yang banyak ini anda boleh cari warna undertones gincu yang boleh menyerlahkan warna kulit sebenar. Bravo Maybelline!

Secara keseluruhnya,

penulis sangat berpuas hati dan ‘tak marah’ dengan fomula, harga, pilihan warna yang dibawa keluar oleh Maybelline kali ini. Penulis dapat rasakan The Creamy Mattes by Color Sensational akan jadi hit dan ya ia mampu milik, sesiapa sahaja tak kira warna kulit boleh rock on dengan gincu matte. 

 

Foto – arkib Wanista.com 

BONUS! 2 Produk Baharu Maybelline Bakal Masuk Malaysia iaitu Master Fix by Face Studio Setting Spray dan Master Camouflage Concealer. Kalau nak Wanista review komen ‘nak’ dibawah!

Foto – arkib Wanista.com

p/s – pening pilih nak warna apa sebab semua cantik! 

Tags: harga lipstik matte maybellineharga The Creamy Mattes by Color Sensationallipstick matte elfira loyreview The Creamy Mattes by Color Sensationalswatches The Creamy Mattes by Color Sensationalwarna Burgundy Blush maybellinewarna kegemaran lipstik elfira loywarna Ravishing Rose maybellinewarna Rich Ruby maybellinewarna Touch of Spice maybelline
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.