Rachel Khoo mungkin tidak sehebat Gordon Ramsay, Jamie Oliver, Ina Garten ataupun Nigella Lawson tetapi sesuatu tentang chef selebriti ini yang perlu anda beri perhatian.
Rachel Khoo adalah seorang penulis dan tukang masak yang dilahirkan di London. Mula dikenali menerusi siri masakan di BBC2 dan terus muncul di beberapa rancangan dan kemudian diberikan satu siri masakan di saluran UK Food. Sejak itu, namanya mula mendapat perhatian malah teknik masakan juga personalitinya itu memikat ramai orang.
Penulis sendiri mengikuti siri masakan Little Paris Kitchen di saluran Youtube BBC Food. Penulis pasti sekali anda tonton cara penyampaiannya anda pasti tertarik akan chef yang sangat comel ini.
Personaliti
Rachel Khoo sememangnya mempunyai personaliti yang cukup membuatkan ramai tertarik kepadanya. Dia bercakap dalam bahasa yang tidak formal, malah ketika di usia 37 tahun, wanita ini masih berperwatakan muda menjadikan kita mudah memahaminya. Sepanjang presentation, Rachel dilihat sentiasa ketawa langsung tidak menunjukkan tekanan dalam memasak. Masak dengan hati yang ceria dan tenang menjadikan ianya sempurna walaupun resepi sekadar biasa.
Feyen & Stail
Satu lagi tentang Racehl Khoo yang menarik ialah fesyen dan stailnya sangat cute. Rachel dilihat sering mengenakan dress dari rona yang terang dan mempunyai elemen klasik, feminin dan sedikit schoolgirl type. Kegemarannya tentu sekali tops, skirts dan dresses, dan juga tidak lupa apron/pinafore yang sangat comel.
The Little Paris Kitchen
Ini merupakan siri program masakan pertama Rachel Khoo di dunia televisyen. Di sini, Rachel memperkenalkan beberapa tempat makanan kegemarannya di Paris, malah di dapur kacil inilah Rachel menunjukkan skil memasak pelbagai resepi tradisional makanan Perancis. Apa yang boleh penulis katakan, dapur Rachel sangat vintage dan masakannya yang mudah lagi sedap.
Resepi
Salah satu sebab untuk menyukai chef selebriti ini ialah resepinya mudah dan memang menyelerakan. Rachel menyediakan makanan yang dia suka, sesuatu yang dia tahu rakan-rakan dan tetamunya suka dan pasti makan, sesuatu yang penontonnya juga enjoy. Bukan itu sahaja, Rachel tidak mementingkan gaya atau menggunakan ramuan baru dalam penyediaan makanannya, malah, setiap makanannya mempunyai memori tersendiri.
Perkakas Dapur
Jika anda menonton The Little Paris Kitchen, anda langsung tidak nampak Rachel menggunakan peralatan berteknologi tinggi terkini. Rachel menggunakan perkakas memasak yang boleh dimiliki oleh semua orang malah dalam The Little Paris Kitchen, Rachel menggunakan mancis untuk menghidupkan gas. Sangat klasik!
Selain Netflix, penulis suka layan Food Channel…..