Minggu sudah, Etude House tampil berkolaborasi bersama Elfira Loy untuk menguar-uarkan tujuh rona bedak asas terbaharu yang diberi nama rangkaian Double Lasting!
Ditawarkan dalam tujuh rona natural yang mudah dipadankan dengan kulit orang Asia, ianya juga dirumus khas agar benar-benar sesuai dengan warna kulit gadis dan para wanita di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan daripada kita yang meminati gaya solekan ala Korea di sini adalah berkulit agak gelap.
Elfira Loy turut mengakui bahawa ini adalah salah satu bedak asas kegemaran beliau yang pastinya mudah untuk disapu ke wajah tanpa membuatkan solekan kelihatan terlalu tebal.
Turut memeriahkan majlis adalah Jurusolek Global Etude House, Dave Kim yang sempat menunjukan cara-cara membuat solekan bersahaja ala Korea yang sesuai untuk dikenakan setiap hari.
Bedak asas Double Lasting boleh dibeli daripada cawangan Etude House yang terletak di aras Ground Floor (Lot G1.76 and G1.77), Sunway Pyramid, pada harga RM80.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.etudehouse.com] atau lawat laman sesawang rasmi Etude House Malaysia di [www.facebook.com/ETUDE-HOUSE-Malaysia].