Sekali lagi, si cantik Bae Suzy memanjakan para peminat dengan membelanjakan lebih daripada $60,000 untuk mereka yang datang ke pra rakaman muzik.
Suzy dilaporkan telah menyediakan goodies untuk setiap peminat yang datang dan khabarnya hampir 800 orang peminat. Terdiri daripada 20 paket nescafe, keychain, lightstick dan juga Lancome Lip Gloss yang keseluruhannya bernilai ₩33.6 million KRW ($30,912 USD) untuk satu produk itu sahaja.
Beberapa hari kemudian semasa pra rakaman untuk comeback pertamanya di M! Countdown, Suzy menyediakan goodies kepada 350 orang peminat. Goodies mengandungi lightstick, koleksi foto dan cincin Didier Dubot ₩100,000 KRW ($92 USD).
Dengan hanya Lancome Lip Gloss dan cincin Didier Dubot sahaja, Suzy menghabiskan lebih ₩68.6 juta KRW ($63,112 USD – lebih dua ratus ribu ringgit malaysia) untuk peminatnya.
Sayang betul Suzy dengan peminatnya… Kalau dekat Malaysia, ada ke artis yang macam ini?