Gincu matte memang jadi trend terkini dan mungkin selamanya? Akan tetapi jika anda mengikuti arus kecantikan dari beauty guru di Youtube pasti anda perasan mereka kini lebih gemar mengaplikasi lip topper pada gincu.
Sama seperti highlighter, trend untuk tampak glowing dan berkilat kembali pada bibir pula. Kalau ikutkan ia sama seperti memakai gloss di bibir pada zaman 90-an.
Apa itu lip topper?
Ianya sama seperti dengan lip gloss atau anda hanya boleh guna sahaja lip gloss yang anda sudah ada. Kelainannya ialah anda pakai lip gloss diatas gincu yang telah dioles pada bibir. Bibir yang berkilau dan tampak segar bersama gincu yang dipakai.
Cara pilih lip topper?
Iya anda boleh pakai lip gloss yang sedia ada cuma lebih bagus jika lip gloss tersebut tidak mempunyai sebarang warna atau sheer colour. Tekstur lip gloss yang licin dan tidak terlalu pekat antara yang terbaik untuk dijadikan lip topper.
Selain itu?
Selain lip gloss anda juga boleh dapatkan lip strobe, hasilnya lebih berkilat dengan warna dimensi. Senang cakap lip strobe umpama highlighter untuk bibir.
Kalau anda rasa dah bosan dengan look bibir matte, usah risau kini bibir berkilat dah kembali!