Nasi campur atau nasi berlauk merupakan pilihan orang kita kalau ke mana-mana tempat makan, lebih-lebih lagi bila masuk tengahari, memang nasi campurlah yang dicari. Bukan nasi biryani, ayam penyet, mahupun makanan barat yang langsung tidak mengenyangkan.
Kalau anda singgah ke Seremban atau memang duduk di Nogori Sembilan, di mana agaknya port terbaik untuk mendapatkan nasi campur, kalau boleh dengan pelbagai aneka juadah daripada asam pedas ke gulai ke masak lemak cili api ke ulaman. Di mana lokasinya?
Ini 3 yang terbaik dan kesemuanya penulis sudah cuba…
#1 Restoran Nelayan, Rahang
Inilah tempatnya kalau anda nak cari masakan lemak cili api, dari ayam, seafood, ikan, daging, semua ada bahkan daging rusa turut mereka sediakan. Hebat bukan? Siapa yang tak pernah makan masakan lemak, Restoran Nelayan terbaik untuk anda, penulis tak tipu..
Alamat : Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil
Telefon : 06-761 1190
#2 Restoran Selera Nogori, Seremban 2
First impression bila makan di sana ialah tempatnya sangat penuh, dengan bermacam aneka juadah sampaikan tak tahu nak makan apa. Ada dua tingkat, atas untuk pengunjung yang mahu duduk di bawah hawa dingin. Sama seperti Restoran Nelayan, di sini juga popular dengan masakan lemak cili api dan bermacam jenis ikan bakar, memang sedap dan segar.
Alamat : 602&603, Jalan Haruan 4/8, Oakland Commercial Centre
Telefon : 013-253 3334
#3 Restoran Wadi Ar-Raudhah
Selain menyediakan lebih daripada 50 menu masakan kampung, Restoran Wadi Ar-Raudhah juga terkenal dengan steamboat, nasi arab, shellout, gulai kawah dan menu untuk sarapan pagi.
Alamat : Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang
Telefon : 013-478 2477
Kalau tak mahu nasi campur, anda mungkin boleh cuba juadah lain yang terkenal di Seremban.
Baca: 10 Tempat Makan Di Seremban Paling Sedap Mesti Anda Cuba
Selamat Menjamu Selera!