Semuanya bermula setelah sebuah foto yang memperlihatkan ahli kumpulan Spice Girls bergambar bersama; termasuklah Victoria Beckham, Geri Horner, Emma Bunton, Melanie Brown dan Melanie Chrisholm tersebar, lalu membangkitkan keterujaan peminat yang beranggapan kumpulan pop popular era 90-an mungkin akan bergabung semula.
Dalam sebuah kenyataan, lima sekawan itu ada menyatakan betapa gembiranya mereka apabila dapat berjumpa setelah sekian lama membawa haluan masing-masing.
“Kami juga ada mengimbau banyak memori lama sewaktu kami bersama dahulu”.
Kata mereka lagi, “Sudah tiba masanya untuk kami mencari peluang baharu dan lakukannya bersama-sama”.
“Kami juga bersetuju untuk melahirkan semula jiwa Spice Girls demi memperkasa kaum wanita di seluruh pelusuk dunia menerusi mesej-mesej yang berkesan untuk generasi wanita akan datang,” tambah mereka.
Ramai yang gembira mendengar berita baik itu dan mengharap kumpulan Spice Girls kembali beraksi tidak lama lagi. Ternyata, ramai yang masih mengagumi sinergi lima bintang yang lebih mesra dipanggil Posh, Ginger, Baby, Scary dan Sporty itu.
TERKINI!
Dalam perkembangan terbaharu menurut laporan portal hiburan Metro, khabarnya ahli Spice Girls mungkin akan membuat kemunculan semula sewaktu di majlis resepsi Prince Harry dan Meghan Markle nanti.
Untuk pengetahuan semua, cadangan itu diumumkan sendiri oleh salah seorang ahli Spice Girls iaitu Geri Horner, yang dengan berbesar hati mahu memeriahkan majlis perkahwinan diraja itu bersama ahli kumpulannya kerana si bakal puteri Meghan Markle adalah antara peminat nombor satu mereka.