Api misteri yang membakar beberapa barangan di Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung sejak seminggu lalu masih belum reda.
Empat kebakaran baru dilaporkan berlaku dalam tempoh 48 jam dan usaha rawatan secara Islam yang dilakukan enam pengamal perubatan alternatif masih belum dapat merungkai misteri itu.
Menurut laporan, sejak tujuh hari lalu pelbagai barangan dan kelengkapan rumah pemulihan tersebut telah terbakar secara tiba-tiba.
Rumah yang mempunyai dua kediaman itu menempatkan 37 penghuni dan lapan kakitangan dengan kejadian pertama yang berlaku pada pagi Ahad minggu lalu selepas pakaian di dalam almari milik seorang penghuni terbakar secara misteri.
Pengurus Rumah Teduhan Kasih ada menyatakan bahawa kejadian pelik itu berlaku selepas mereka mengemas dan bergotong-royong membersihkan laman belakang di rumah pertama.
“Terdapat dua unit rumah di pusat pemulihan ini yang dibuka sejak November 2015 dan sehari sebelum kejadian pelik ini berlaku, kita ada buat gotong-royong membakar sampah di tanah sebelah belakang untuk projek tanam jagung.
TERKINI
Pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Karaton, Ustaz Kamarudin Amir Husin, 63, berkata, terdapat gangguan makhluk halus di pusat pemulihan dadah itu dan beliau sendiri berdepan kejadian pelik ketika melakukan rawatan dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk halus itu turut memberi petunjuk ganjil dan menimbulkan tanda tanya.”
“Ketika saya bacakan ayat al-Quran terdapat kebakaran di sebuah daripada bilik di tingkat atas.
“Dengan izin Allah SWT, rumah ini sudah bersih daripada gangguan makhluk halus.
“Bagi mengelak kehadiran dan gangguan makhluk ini lagi penghuni rumah ini perlu amalkan bacaan ayat al-Quran,” katanya.