Jika anda merupakan penonton setia program The Return of Superman, pasti anda mengenali 3 kanak-kanak lelaki yang boleh dikira paling popular, bukan sahaja di Korea Selatan malah serata dunia suka melihat gelagat mereka.
Semalam, bapa kepada Song Triples – Daehan, Minguk dan Manse, Song Il Gook memuat naik foto ketiga anak lelaki yang semakin membesar.
Kembar tiga itu dilihat pose ketika sedang mandi bersama dalam satu bathtub. Berserta dengan kapsyen yang cukup sweet, Song Il Gook menulis, “Walaupun sukar untuk mandi bersama sekarang, mereka sudah cukup besar, Daehan, Minguk, Manse tidak ‘berperang’ dan tetap bersama dengan baik! Tolong teruskan hubungan saudara yang baik di masa depan.”
Menggamit memori lama, pelakon itu turut berkongsi video Song Triplets tiga tahun lalu menikmati masa mandi bersama-sama, berserta kapsyen,” Masa untuk melihat video lama! Kekeke (Mac 2014). Tidakkah mereka sudah membesar?”
Siapa yang follow The Return of Superman, mesti terharu melihat perkembangan mereka. Ya dah besar, dah tinggi.
Kini, dilaporkan mereka sudah pun berusia 7 tahun.