Zaman sekarang ni orang yang ada ijazah sekalipun belum tentu dapat gaji yang setimpal. Mana hendak beli keperluan harian, makan dan pakai lagi. Itu belum masuk bil bulanan serta bayaran kereta dan rumah. Kesudahannya, rata-rata anak muda zaman sekarang memang hidup ala kadar walaupun sudah berkeluarga.
Tetapi adat hidup lah, mana ada orang terus jadi senang-lenang betul tak? Pokoknya perlu bijak rangka bajet.
Jika gaji ‘ciput’ kena pandai rancang tabiat membeli. Jangan terlalu cerewet asyik nak guna barang berjenama. Ingat sikit awak tu dah berkeluarga, jadi memang banyak perkara yang perlu didahulukan daripada nafsu keinginan diri.
Nah untuk pasangan yang baru berkahwin, selain menghias ruang tamu, bilik juga mencerminkan kebahagian rumah tangga. Kalau hendak suami cinta, suami sayang… kena rajin kemas bilik. Biar bilik biasa-biasa asal sedap mata suami memandang.
Ini Wanista himpunkan idea alternatif bagaimana hendak guna tilam tanpa rangka katil, tapi masih menerbitkan aura cantik dengan cara paling ringkas dan jimat bajet!
#1 Rendahkan Paras Item Di Dalam Bilik
Pastikan gambar atau segala dekorasi dinding digantung pada paras yang sesuai melihatkan anda hanya menggunakan tilam yang terbentang di atas permukaan lantai semata.
Cari juga meja sisi dan almari yang tidak terlalu tinggi untuk menyekatakan pemandangan di dalam bilik sekaligus membuatkan pemandangan tilam tidak kelihatan pelik dan janggal.
#2 Guna Tilam Berkualiti
Hanya tilam berkualiti yang memiliki bentuk kukuh serta perincian yang nampak mewah. Untuk itu lebihkan bajet untuk mendapatkan tilam berkualiti jika tidak mahu membeli katil. Tilam berspring adalah pilihan yang paling tepat kerana tidak mudah ‘tenggelam’ sekaligus memberi keselesaan optimum sewaktu anda dan pasangan tidur nanti.
#3 Beli Bantal & Kusyen Bersaiz Pelbagai
Bantal bersaiz besar akan memberi pemandangan yang lebih gah pada tilam yang diletakan di atas lantai ini. Penuhkan bahagian kepala tilam dengan bantal dan kusyen pelbagai bentuk untuk mencipta ilusi papan kepala katil (headboard).
#4 Manfaatkan Elemen Kasual
Bilik tak semestinya dipenuhi dengan barangan senada. Boleh hias bilik dengan campuran pelbagai warna agar tampak kasual. Bahkan, pemilihan aksesori dekorasi juga tidak perlu dijadikan isu yang terlalu mustahak. Beli sahaja yang murah-murah tetapi masih kelihatan bersahaja. Asal pandai memilih, pasti kena punyalah!
Tetapi sebelum membeli, tetapkan dahulu konsep bilik yang ingin dibangunkan.
#5 Pastikan Bilik Sentiasa Bersih & Tersusun
Sebab itu penting untuk pilih perabot dan aksesori dekorasi yang simple dan tak berserabut. Lupakan perabot kerawang-kerawang dan sebagainya.
Paling penting, selalulah kemas katil dan susun bantal serta kusyen pada tempatnya. Lantai juga perlu sentiasa bersih kerana kedudukan tilam di atas lantai pasti tak akan kelihatan molek kalau banyak barang bersepah.
Selamat beramal! ❤️