Untuk musim bunga 2018, jenama Guess dengan bangganya memperkenalkan aktres, penyanyi, ikon fesyen, usahawan Jennifer Lopez sebagai wajah untuk kempen mereka.
“Apabila saya menerima panggilan dari Paul Marciano meminta saya menjadi Gadis Guess yang baru, saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga jenama ikonik yang saya sayangi sejak saya remaja.
“Bila saya melihat kembali kempen awal Guess, anda boleh melihat kesemua model cantik-cantik belaka dan ini adalah penghargaan luar biasa dipilih untuk kempen musim bunga 2018,” jelas wanita yang sudah melewati usia 40-an.
Kempen yang diilhamkan oleh Paul Marciano, pengasas bersama Guess Inc. bersama jurugambar Tatiana Gerusova merupakan inspirasi daripada kehidupan Jenny sebagai pelakon di Vegas dan Hollywood. Menampilkan elemen elegan dan seksi, imej yang ditimbulkan mendapat pengaruh gaya estetika dan peribadi Jennifer Lopez sendiri.
“Jennifer Lopez adalah Gadis Guess terbaik! Dia seorang artis yang cemerlang, dia ikonik dan dia sensual. Impak dan pengaruh Jennifer terus berkembang dan kempen ini meraikan tanggapan bahawa wanita menjadi lebih cantik dan hebat menerusi pengalaman hidup.
“Kecantikan dan kelasnya bersinar melalui kempen ini dan saya sangat teruja Jennifer menerima tawaran menjadi Gadis Guess yang baru,” terang Paul.
Body Jennifer Lopez seperti biasa memang menggiurkan….. Fuhhhh